Misi Mencapai Target Kuruskan Badan l Penmerah

by Pen Merah on December 5, 2012

in Sihat dan Kurus

Salam..

cara menurunkan berat badan dengan cepat Misi Mencapai Target Kuruskan Badan l Penmerah

Hey hey hey! Dah lama tak update perkembangan tentang kuruskan badan dengan korang. Baidewey, dalam seminggu ni aku cuba dapatkan berat sasaran 47kg disebabkan 4 bulan ni jadual permakanan aku sangat tak teratur. Makin berisi dan berisi sehingga aku rasa  tak selesa apabila kawan sekeliling mula menegur badan semakin tembam. Ohh tembam! Tak sanggup nak dengar banyak kali dari orang berlainan. Kahkahkah!

Selama beberapa bulan ni, aku makan ikut suka jer mana nampak restoran best haa melantak tak hengat. Bahagia katakan. Eceh! Badan aku ni mudah sangat naik dan bernasib baik jugak mudah untuk hilangkan lemak degil. Apa yang aku buat selama beberapa hari ni ye? Lets cekidaut.

Motivasi

Sebelum korang nak mulakan aktiviti lain, first of all pastikan diri kita cukup bermotivasi untuk tekad kuruskan badan. Kalau jiwa lemah macam mana nak kontrol nafsu makan? Selalunya aku tahu macam mana nak buat diri termotivated dengan mudah. Setiap hari aku bukak google cari gambar cantik untuk cabar diri sendiri supaya tak mengalah bila nampak makanan.

Makanan Karbohidrat

Dalam tempoh aku kuruskan badan, semestinya makanan berkarbohidrat ni PALING aku takut. Disebabkan hidup yang single mingle jadi time makan tu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagus jugak hidup sorang jadi takdelah asyik nampak makanan sedap kat depan muka. Biasanya, aku akan tukarkan makanan karbohidrat kepada sayuran dan buah – buahan. Kalau lapar sangat baru ambil makanan ringan seperti karipap dan cekodok. 

DSC00008 1024x680 Misi Mencapai Target Kuruskan Badan l Penmerah

Gambar ni sebelum aku start program kuruskan badan. Haaa boleh nampak double chin dengan jelas dan nyata. Kahkahkah

Aktviti

Hari pertama aku tak ambil makanan karbohidrat, badan ni terasa jugak lemah sedas dua tapi kalau ikutkan emosi memang konpem aku give up sebab tu aku tekankan perkara pertama adalah motivasi. Lembik sekejap jer bila korang dah mampu cover dengan makanan gantian, hari ketiga mesti rilek je. Takde masalah punya. Dalam proses kuruskan badan, aku suggestkan jangan membuta jek kat rumah ye! Penuhkan aktiviti supaya otak korang tak sempat nak fikir makanan best – best.

Senaman

Senaman ni sepatutnya letak kat atas sekali tapi aku ni pemalas orangnya. Motivasi lebih penting kerana bila kita dah nampak perubahan walaupun sikit mesti perasaan rajin akan muncul tanpa sedar. Tak sempat nak rasa malas mesti korang terus pergi bersenam untuk terus kurangkan berat dengan cepat. Dengan senaman boleh kurangkan berat jugak tapi bagi aku lebih kepada untuk firmkan badan. Esok adalah hari pertama untuk aku masuk gym semula setelah seminggu berusaha kurangkan berat.

Result

Selama seminggu kuruskan badan, alhamdulillah aku dah berjaya kurangkan 3kg. Berat baru ni 52kg dan sekarang mencapai 49kg dan masih berusaha untuk dapatkan 47kg. Untuk 2kg yang bakal dibakar, aku akan cuba dengan senaman supaya tak nampak menggeleber sangat. Hikhik.

P/s: Tips kurus untuk korang? Selepas bersarapan, jadikan air sebagai sahabat baik korang ye. Tak sabar nak masuk gym esok! yahuuuuuuuuuu dah kurus sikit! >.<

{ 9 comments… read them below or add one }

wkk December 5, 2012 at 11:54 am

PenMerah dah cun melecun dah.x payah nak kurus2.

Reply

shahrol photo December 5, 2012 at 12:33 pm

Dah kurus dah tu.. kurus sgt x cantik.. huhhuhuhu
shahrol photo recently posted..(review) Biarlah Rahsia arahan James Lee memeningkan?? by shahrollMy Profile

Reply

syaifuddin alias December 5, 2012 at 2:04 pm

alaa..dah kurus dah kan kak anne ..tak payah dah buat treatment atau apa..hehe..bersenam je :]
syaifuddin alias recently posted..3 Blog Pilihan Terbaik & SEO Extravaganza Kedudukan TerkiniMy Profile

Reply

boni kacak December 5, 2012 at 11:47 pm

chai yo chai yo anne!!!!!!!!!!!!!! hehehehe
boni kacak recently posted..Silence Day Of Wednesday : Dulu Dan KiniMy Profile

Reply

sohoque December 6, 2012 at 4:45 am

aik.. pen merah saya tgk tak gemuk pun.. ok la tu.. tak cun kurus sgt…!
sohoque recently posted..Blog-Blog Kepunyaan Blogger-Blogger Otai Diserang Virus MalwareMy Profile

Reply

Nurul December 7, 2012 at 2:34 am

All the best akak..
Nurul recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

Reply

ct kektus December 9, 2012 at 8:27 am

seminggu 3 kg? wow. hebat2. :)

Reply

asfan January 1, 2013 at 1:09 pm

pen merah …xdew ke tips lbih mudah dripade nie …..kalo nie la ….smue org tau …cume malas jew nk buat ….kihkihkihkih…

Reply

Nur Aneesa April 29, 2013 at 4:47 am

Senangnya berat turun :) Jealous
Nur Aneesa recently posted..The Sky’s The LimitMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!