Salam.
Woaaahh susah jugak bila bergaduh dari mulut ke mulut. Jangan kata artis, kita sendiri pun tak lari dari perang sesama sendiri ye dak? Sebab tu orang kata kerana mulut badan binasa tapi biarlah semuanya diselesaikan secara elok. Tak bagus gaduh sesama sendiri ni nanti pergi mana – mana pun muka sama jugak. Dah nak dekat bulan puasa ni, mehlaa sama – sama kita menginsafi kesalahan diri.

Pelakon dan pengacara popular, Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Nur Anzalna Nasir, 24, kerana didakwa telah memburukkan nama dan reputasinya.
Justeru Neelofa berkata, pihaknya memberikan tempoh selama tujuh hari berkuat kuasa hari ini kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kontroversi kedua-dua pelakon itu tercetus apabila Anzalna mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar Ahad lalu yang mendakwa kononnya pelakon dan pengacara Nona itu telah memfitnah dirinya.
P/s: Manusia takkkan lari dari bergaduh. Orang yang paling cepat memaafkan adalah orang yang paling kuat sabarnya. Peringatan untuk diri sendiri jugak.





{ 3 comments… read them below or add one }
isu neelofa dgn anzalna ni tengah hot giler kan skrg ni.
aishhh, sudah2 la tu kan… Kan Neelofa tengah menaik sekarang ni.. dah tentula kan banyak pihak yang tak senang duduk… tapi kita tunggu jer respon dari pihak yang satu lagi tu.. 7 hari jer tu.. tampilla tunjukkan bukti jika ada
Madam Riena recently posted..Euro 2012
kan bagus kalau neelofa ni maafkan aje. habis cerita.
ohcikgu recently posted..Keputusan terkini Perlawanan EURO 2012