white

Pelakon Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3

by Pen Merah on July 7, 2013

in Drama Online

Salam.

ramadan yang hilang Pelakon Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3

Pelakon Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3. Menjelang pada awal Ramadhan, drama terbaru yang berjudul Ramadhan Yang Hilang bakal menemui penonton pada awal bulan ramadhan tahun ini. Drama yang penuh dengan pengajaran dan nilai murni ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3.

Pelakon Drama Ramadan Yang Hilang

Antara pelakon yang membintangi drama ini iaitu Eira Syazira, Zamarul Hisham, Azizah Mahzan, Zila Bakarin dan Syatilla Melvin.

Sinopsis Ramadan Yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

P/s: Tak sabar nak tengok episod akhir Ramadan yang hilang.

{ 4 comments… read them below or add one }

Anuar July 7, 2013 at 3:40 pm

Best cerita ni.. Boleh layan ni…
Anuar recently posted..Cara Nak Tebus Point Dalam MyKad Smart ShopperMy Profile

Reply

Terbelog July 8, 2013 at 10:32 am

tu dira kan
Terbelog recently posted..Blogger di event Blogger Drive Honda CivicMy Profile

Reply

zura July 22, 2013 at 2:15 pm

tp sy agak akhinya bpak zafirah mninggal.sbb kn dye ada kanser paru2

Reply

shatilamelvinpmt July 22, 2013 at 4:48 pm

SukA tgk citer ni

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!