Salam..

Malam tadi selepas demam yang melarat, aku sempat turun ke pantai untuk melepaskan anak penyu ke pantai. Woooo lebih kurang 50 ekor anak penyu dilepaskan kali ni. Apa yang menarik, dalam 100 ekor yang dilepaskan penyu yang bakal hidup mungkin dalam 5 ekor saja sebab tu jumlah penyu tak banyak dan semakin pupus wooo.

Walaupun aku anak Terengganu tapi aku tak pernah terlibat dengan aktiviti penyu. Sadiskan tapi dapat jugak peluang tu dengan Tourism semalam.

Setiap sorang diberi seekor anak penyu untuk dilepaskan. Cara nak pegang haaaa cuma pegang jek kat cengkerang penyu tuu tapi tak boleh terlalu kuat.

Comel jek anak penyu nih

Time mula lepaskan tu, anak penyu ni ambil masa lama nak bergerak ke pantai. Lepas kena suluh dengan lampu barulah dia berenang ke pantai.

Awww so cute

Nampak pasir macam hujan tapi sebenarnya basah sebab air pantai. Bagi aku sendiri, pelepasan penyu ni antara aktiviti yang menyeronokkan terutama kepada pelancong malangnya aktiviti macam ni kurang diperkenalkan.
P/s: Masa kecil, penyu ni nampak comel jek.





{ 4 comments… read them below or add one }
comelnya penyu tu…


bestnya korang dapat pegang pnyu.. tak bau eh..
Madam Riena recently posted..Mary Kay
comelnyer….

Nurul recently posted..Mr. Bean Grand Opening at The Curve
penyu saya nama adam dan hawa. aku tak tau mana jantan betina. bedal je la.. hahahaha!
Rabiatul Adawiyah recently posted..Aktiviti Bersama Gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
masa kecik mmg nmpk cute penyu nie.. (^o^)v
klANA recently posted..Tempat Menarik Di Pahang – Tasik Chini (Pt 1)