Salam..
Terkedu dan terkejut itu jek yang mampu aku gambarkan perasaan sendiri bila terbaca tentang seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak menemui wang sebanyak RM 133,300. Perghhhh banyak gila! Siapalah yang buang duit tepi jalan. huuuuuuu.

Lelaki itu dikenali sebagai Bahar Rauf akhirnya menyerahkan wang tersebut kepada balai polis untuk diserahkan kepada pemiliknya. Patut contoh sikap Bahar Rauf yang tak kejarkan wang semata-mata. Menurut Bahar;
“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual. “Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,
Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun. Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain. Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.
Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata. “Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah. ” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu. Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya. “Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis. “Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya. – HM
P/s: Aku rasa kalau orang lain mesti buat senyum jek kan tapi owner wang tu mesti tak lena tidur kalau hilang duit sebanyak Rm133,000. Korang rasa macam mana? Betul tak?





{ 18 comments… read them below or add one }
memang baik pakcik tu

kalau saya jumpa duit tu mesti pitamm.
banyak owww,, mana boleh ambik
Iza Zaty recently posted..Tutorial – Mini Player Di Sidebar
tau takpe. hahahaha
Pen Merah recently posted..Pengutip Kotak Terbuang Jumpa Rm133,300 di Tepi Jalan?
cm cite jutawan fakir plak
same kan?
Pen Merah recently posted..Pengutip Kotak Terbuang Jumpa Rm133,300 di Tepi Jalan?
Wuuu. mulia benar hati pak cik ni. Masih boleh bfikir akibat klau dia ambik je. Klau org lain mesti dah bfoya-foya dgn wang tuh. HEHE.
Dayg recently posted..Wordless Wednesday #20 | Be strong :’)
sume pk negatif kan? mesti x sangka pakcik tu baik sgt.. hikhik
Pen Merah recently posted..Pengutip Kotak Terbuang Jumpa Rm133,300 di Tepi Jalan?
pacik….kenape x kontak sy dulu,bleh la sy berjimba dgn duit tersebut..huhuhu
baik ny pak cik ni,,,ssh nk jmpe skrg org yg cmni…msti ade rzki tok pak cik ni yg Tuhan janji kn…
Pakcik2.
Klu sy dah klua bmw 5series cash dah pakcik oi!!
Hehehe
saya baca ni pun rasa macam nak pitam dah.. banyak tuuuu.. tapi memang pakcik ni patut kita semua contohi sebab dia tak kejarkan wang tu walaupun duit tu dah ada kat depan mata dia..
betul juga tindakan pakcik tersebutkan..
Madam Riena recently posted..Weekend
Jutawan Fakir akhir nyer ade yg contohi nyer un adoi,
bagus betul pakcik nie…sy selute sgt..huhu..bukan nya ramai manusia berhati mulia pkcik nie…isshhh kalau org lain dpt x twu laa..silap2 diamkan aje..hehehe
Tuhan nk mnduge pkcik ni……insyaallah ada rezeki yg lbih brkat utk pkcik ni 1kuarga sbb kejujurn dia….xmustahil pkcik ni jd jutawan 1ari 9t dgn kuasa Tuhan….sape tau kan??
mestlh…..duit beb….2le…nsb baik pakcik bahar.ni org yg amanh pd ajran islam…SYABAS pd pak bahar kerna mnjdkn ISLAM mulia….insalah ALLAH murahkn rezeki ye….AMIN……
rezki d mana2…kita boleh ambil iktibar dr kisah pakcik ni,,,,Tuhan menguji sejauh mana keimanan diA…mungkin hari ni dia jumpa ratus2 ribu pastu dia pulangkan pada org yg berhak….InsyaAllah dia akan terima balasan yg lebih dari apa yg dia buat..tuhan dah janjikan utk hambaNya,,,setiap kebaikan dan keburukan tetap ada balasanNya….Kalau aku ??????ntah lah …he he
Admin…
hahah.. pak cik nie jiran aku…
Aanuar recently posted..Apa Pun Boleh…
dah serah kat polis..apa cerita selanjut nye…dah jumpa ke tuan punya wang tu….
Baik tindakan Pak Cik ni cuma yg tak berapa baiknya bila berita ni masuk paper n internet. Keselamatan dia n keluarga mungkin terancam. Mana mungkin duit itu dibuang begitu je. Mungkin Pak Cik ini telah terambil duit sindiket yg sedang berurusan. Moral of the story,ikutlah apa yg Pak Cik ni buat tp jgnla hebohkan identiti dia. Kesian dia kalau ada yang x puas hati. Just my 2 cents.