Salam..
Hari ni dahpun masuk hari kedua kita berpuasa. Kali ni aku nak berkongsi perkara – perkara yang mungkin membatalkan puasa korang. Manalah tahu korang tak tahu jadi meh kita tambahkan ilmu pengetahuan serba sedikit;
1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)
2. Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))
3. Haidh dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah.

4. Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman.
5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”
6. Keluar Mani dengan sengaja
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.
Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
7. Gila
8. Murtad
Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.
9. Pengsan
Pengsan sepanjang hari berpuasa
Jadi inilah dia perkara-perkara yang jika dibuat akan membatalkan puasa. Maknanya kena elakkan perbuatan-perbuatan ni, termasuklah merokok walaupun tak disebutkan di dalam senarai.





{ 25 comments… read them below or add one }
salam … saya ingin tanya sedikit jika anda tahu lah ye .. jika kita titikkan ubat spt eyemo ke dalam mata kita , adakah batal puasa kita ?
x thulah..sya rsa tidak..
x btl klu kita ttkkan ubt spt eyemo kedalam mata kita.Kerana mata bukan sebahagian dari rongga badan. Rongga badan ialah telinga,hidung &mulut je.
sye nk ucpkn slmt menymbut blan ramdhan almubarak..
slamt berpase kak..:)
tidak batak kecuai ubat itu akan masuk ke kerongkong.
salam…..sye ingin tnyer sdikit jika anda thu…..jika kia tdk niat pda mlm hri atau mse sahur…….adkah puasa kite batal….stu lgi….klau kite korek hidung dgn x sngaja….adakah puase kite btl??????
w’salam.. sy tlong jwb je lah ea.. brdsrkn pngthuan sy.. x sah puasa kite tnpe niat.. tp klu awk dh niat sbulan tu x pe.. klu korek hdung hukumnye cuma makruh shaja..
Wallahualam..~~
emm tpy kita ada x kta dlm hty y kita nax puasew esox hari…kalau korek hidung dgn xsngaja xbtal…
Niat tu dlm hati tu yg wajib, lafas niat dari suara tk wajib. Allah bkn manusia, Dia tk perlu dgr apa lafaz niat amalan yg nk dibuat, Dia Maha Mengetahui apa motive kita berpuasa sebelum kita mengamalkannya.
Hukum korek hidung,mata & gigi. Jika ada hukum yg mengatakan batal atau makruh, harap bwk dalilnya yg sahih. AllahuÁlam
Krn harus diketahui, kebanyakkan org kite telah diperdaya dgn perkara mengenai hukum Islam dgn hadith2 daíf yg dibenarkan oleh puak2 yg tidak jujur.
ustaz sy penah ckp kalau xda niat puasa pun tetap sah puasa sbb kalau kita bgn sahur dah tentu la kita niat nk puasa
Titik ubat tidak membatalkan puasa…WaAllahua’lam
entry bagus


btw selamat menyambut bulan ramadhan kak
niedaida recently posted..◕‿◕Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Warga Blogger◕‿◕
Selamat berpuasa to all my Malay blogger friends
Merryn pernah join roommates Merryn puasa selama 3 hari dulu waktu college. Memang seronok time berbuka dengan kawan-kawan 

Merryn recently posted..What’s YOUR problem?!!
erm…saye ade stu s0aln,law kite x niat smasa zuhur,puase kite btal ker x.
Jika kita tidak berniat dimalam hari maka pose kita tak sah dan wajib Qadho,serta tak berdosa kerana terlupa niat.tetapi wajib imsak yakni tak boleh makan dan minum juga.
hhehehehhe,jgnlah korang sengaja batalkan puasa tnpa sebab….
nurul asyikin recently posted..Perkara – Perkara Yang Membatalkan Puasa
MUDAH-MUDAHAN SELURUH UMAT ISLAM YG BERADA DI DUNIA NI PUASA PENUH LAH YE…JGN CURI CURI MKN…
nurul asyikin recently posted..Perkara – Perkara Yang Membatalkan Puasa
alhamdulillah <3
betul tu apa yang ditulis di blog kak Pen Merah ni. Saya suka baca. Siap ada hadis lagi.
salam..sy ingin bertanya satu soalan adakah puasa saya batal sekiranya saya mengambil suntikan perancang keluarga?
nak tanyee niiee..kalao keputihan dalam kite berpuasee batal kee??
salam..nk tnye kalu haid dtg dlm 1 minit lg nk berbuka cm ne??
klau dtg haid.. puasa akan terbatal..
Batal pose, wajib Qadho