0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Baru ni aku ada kongsikan pengalaman berbasikal untuk Tourism Treasure Hunt 2012. Permulaan hari pertama tanpa cabaran sebabnya akan bermula kat Kuala Kubu Baru. Bangun pagi terus berkumpul di dataran bangunan Kementerian Pelancongan sebelum flag off dengan berkonvoi beramai- ramai. Kiranya ni first time laa aku join aktiviti konvoi. Havoc meyhh!

Bergambar bersama menteri pelancongan sebelum meneruskan misi wajib mencari harta karun. Eceh bersemangat waja! Tapi pagi ni kami diceriakan dengan coffee terbaik dari Starbuck dan jugak Donut isi blueberry. Tak pernah aku nampak starbuck ada donut blueberry tapi bila makan aaaaaaaa tak cukup punyalah sedap. Menyesal tak ambik banyak. Huiii!

Terima kasih bebanyak buat Proton yang sudi sponsor trip kali ni. Group terawal dapat merasa Inspira dan Preve tapi yang lain semua Ezora. Haa beruntung jugak dapat bonet besar boleh isi banyak barang.

Dua jam lebih perjalanan akhirnya sampai kat Kuala Kubu Baru. Time ni baru bermula cabaran pertama kiranya kena cari hint yang diberikan di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru. Lenguh jugaklah aku berlari – lari ayam tapi dapatlaa beberapa jawapan dan sangat terharu dengan Nikhil yang sangup berpusing berkali – kali sampai basah kuyup dek panas semata-mata nak dapatkan jawapan. Since nampak kesungguhan dia terus aku bersemangat nak main games.

PM, Malik dan Emily. Task kedua kitaorang kena bergambar bawah signboard nama Mat Kilau dengan 3 orang partner. Masa ni kitaorang baru panas enjin nak berkenalan kira semua buat kerja macam budak sekolah. Pergi mana – mana kena beramai-ramai. Sweet awww! Hikhik

First day bermula cabaran, nampak lagi kulit yang masih belum kegelapan dimakan dek matahari. Masa ni kiranya kesemua hint dah disettlekan oleh kumpulan kami. Goodjobs guys!

Awww hot kan mamat kat sebelah ni? Nama dia Adam tapi aku tak sempat nak borak lama cuma terharu bila dia panggil aku dengan nama penuh. Bukan apa, tak pernah pergi mana – mana orang panggil nama penuh. Hebat kau ye adam!

Dah penat keliling beberapa kawasan kat Kuala Kubu Baru, kami semua dihidangkan dengan cendol Kak Jah. Dengan peluh meleleh dari dahi dan badan rasa kesegaran dapat hirup cendol fresh dari gerai. Hilang penat berlari dapat merasa cendol segar ni.  Dari kiri, Rizal ( gua.com.my), Tun, Pm dan Rebecca. 

 Kemain bergambar jek kerjanya. Hikhik

Dah settle di Kuala Kubu Baru, kami terus bergerak ke Fraser Hill. Haaa tu la antara pemandangan dari Fraser Hill. Amacam? Cantik tak? Sebelum ni, aku cuma dengar nama jek tapi kali ni buat kali pertama dapat jejakkan kaki.  Tempat kitaorang stay kat Shahzan Inn tapi aku tak sempat nak snap banyak gambar berkejar sana sini dalam masa singkat.

Antara gambar bunga yang sempat snap guna kamera baru Sony Nex 5n. Antara task yang kena disiapkan adalah mencari 3 jenis bunga raya berlainan warna.

The Paddock ni tempat yang kitaorang kena selesaikan 2 task iaitu main Archery dan jugak menunggang kuda. pinjam gambar Kak Ita ye buat jadi model dalam blog. Heeeee

 Jalan – jalan cari burung sambil menikmati keindahan pemandangan Fraser Hills.

 Macam datang kat overseas jek kan?

Archery ni aku tak sempat main asyik sibuk cari burung 5 ekor. Setiap task, kumpulan aku dah awal lagi berpecah kepada 2 kiranya aku dengan Malik cari burung manakala Nikhil dan Emily main Archery dan boating. Dengar kata, tempat boating tu kemain jauh. Boleh kurus lemak kat peha dibuatnya. Eceh! Nasib baik aku cuma perlu spot burung kat dalam hutan. Wahahaaa!

Tu diaaaa cik Azizah kita sempat riding the horseeee! Teringin jugak nak naik kuda tapi dua orang jek yang dibenarkan dan untuk menjimatkan masa, terpaksa pasrah meredah hutan mencari burung. Dengar macam senang jek tapi berpeluh jugak dibuatnya.

Huiiii sempat group rayyan ni melompat bagai. Kumpulan aku memang takde masa nak bergambar macam ni. Bila tengok balik koleksi gambar rupanya tak banyak yang aku ada punya bersungguhkan nasib menang tak sia – sia berusaha bagai nak rak. Lepas aktiviti petang, malam tu ada lagi aktiviti iaitu night walk tapi aku tak join sebab sibuk update blog. Punyalah berhabuk blog aku sampaikan trafik merudum. Apa nak buat, tanggungjawab diutamakan dulu ye dak?

P/s: Cabaran hari pertama ni boleh tahan susah sebab banyak kena berfikir dengan cepat. Nasib baik aku ada translator kalau tak payah jugak nak berkomunikasi dengan Nikhil. Kadang-kadang yang kelakarnya time aku suruh Emily translate mesti selamba dia terkeluar bahasa melayu. Haaaa blur mamat tu dibuatnya. Wahahaaaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });