0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bersama Kak Long Ysf ( Yana Super Friend )

Salam..

Dah lama rasanya aku duk menyepi dengan entri personal. Sebulan ni macam beraya sakan jek tapi sebenarnya takde apa sangat pun aku buat. Banyak melepak depan laptop setiap hari. Entri ni aku buatkan khas untuk Kak Long yang aku kenal masa merasmikan diri menjadi ahli Yana Samsudin Superfriend(ysf). 

Sebelum dia sampai kat Malaysia lagi, aku dah tanamkan niat dalam hati nak hang out bersama. Yela, dia duduk kat Singapore jauh nun di sana jadi sekurangnya datang sini boleh jugak bagi kak long feel merayap setiap hari macam aku. Baidewey, masa dia sampai aku terus angkut dia pergi Sunway Pyramid. Mood time nihhh macam feeling nak bershopping jek kan. hikhik

Fokus utama kitaorang masa sampai  pergi mencari port untuk mencekik. Perut kena kenyang dulu baru seronok nak berjalan sana sini tambah pulak Sunway tu kemain besar. Boleh kecik peha aku dibuatnya kalau setiap hari meronda kat sana.

 Haaaa selalu jek ingat nak kurus tapi pandang makanan semuanya kelaut. Acane?

Dah settle bab makan time to shoppinggg! Malangnya bukan aku shopping tapi cuma teman Kak Long beli kasut. Bab shopping memang bukan jiwa aku tapi teman orang shopping memang hobi dari dulu.

Haaaaa dalam banyak benda nak bershopping, Kak Long banyak kali cakap dia nak bagi hadiah special kat Yana Samsudin. Haaa jangan tak tahu bagi kitaorang ahli YSF, Yana Samsudin merupakan Puteri kitaorang. Ecehhh. Kerana Yana jugak, kami ibarat sebuah keluarga dan bukan hanya fans semata – mata. Time hang out pun, aku tak rasa hanya sekadar kawan sebabnya semua saling ambil berat satu sama lain. Paling aku rindu kat Zaraaaaaaaaa!!

Teddy bear ni hadiah dari Kak Long buat Yana tapi sedihnya sebab dia terpaksa balik ke Singapore atas urusan personal dan yang bagi Bear comel ni kat Yana adalah Nisa Kay. Mana aku pergi? Alaaa aku ada jek kena snap gambar buat kenangan untuk Kak Long.. Buat ahli ysf, janganlaaa lupakan daku disini. Muahahaaaa..

 

 

 

P/s: Thank sangat2 buat Kak Long yang sentiasa ada buat adik-adik Ysf dan jugak buat Yana kerana menyatukan kami semua. =p

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });