0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bersuka Ria di Genting Highland Food Explorace

Salam..

Dua hari ni kalau korang perasan blog dan fanpages sunyi tanpa post dari aku. Huii minggu ni jadual macam pack nak kena pindah rumah lagi tambah pulak join food explorace di Genting Highland. Padahal gigi sakit tapi ada hati nak join aktiviti makan – makan. Walaupun lewat tapi alhamdulillah sampai jugak aku kat Genting.

Food explorace ni kiranya lebih kurang amazing race tapi banyak aktiviti makan sampai bulat ye. Seawal pagi, kitaorang diberi task bersama seorang partner. Task pertama tadi kitaorang perlu design meal yang energetic dan makan sampai habis. Entah kat mana nak letak makanan semua ni pun aku tak tahu sumbat jek mana yang mampu. kahkahkah!

Setiap kumpulan diberikan tugasan bersama sebijik kamera dari Fujilm. Seharian ni kitaorang diberi 14 task untuk disiapkan dan terima kasih kat sponsor Wrangler untuk Jeans dan T Shirt yang cantik serta Fujifilm yang sudi meminjamkan kamera selama explorace berjalan tadi. Banyak pit stop kena lari sana sini sambil tercungap – cungap aku dibuatnya memang kurus dah lepas ni. hikhik

Haaaaa task pertama lepas makan sampai habis, kitaorang kena pergi cari kedai baju sejuk kat area cable car dan grab baju sejuk yang ada kat dalam tu. Dengan kelam kabut nak kejar task ketiga haaaaa aku pick jugak sehelai dan alhamdulillah jaket tu sebenarnya hadiah untuk semua orang yang join explorace ni. Huiiii seronok gila dapat ambik freeeeeeeeeeeee. Wallawehhhh best gila!

Haaa mengapakah? Antara task yang aku terkejar tadi boleh dia suh pose macam artis? Nak tergelak tapi terpaksa pose lelaju takut tertinggal kat belakang. Memang gila betul berlari dalam Genting Highland dari dalam sampailah kat Theme Park. Perghhhhh turun dah berkilo-kilo hari ni. Heeeeee

Semua muka seronok jek tapi huii penat yang amat sampaikan time berlari tu aku boleh terbayangkan bantal kat depan mata.

Waaaa merasmikan jaket Beverly Hill Polo Club baru. Wuwuwuuuuu

Sebenarnya banyak sangat task tapi aku sibuk berlari sana sini sampaikan kamera simpan senyap. Bayangkan genting sebesar alam tu aku redah dengan larian ayam sambil tersesat. Gambar memang tak banyak cuma point masa last tu sempat posing dulu. Korang pernah main boating? Haaaaa kena kayuh basikal dalam bot berdua-duaan. Ecehhh macam romantik tapi penat wooahhhh lenguh peha aku duduk kayu lelaju. hakhak

Feeling betul dapat jaket baru. hikhik

Masa ni muka kemain hapi sebab nampak memasing macam best jek kayuh basikal dalam air. Tertipu jek rupanya. Lepas main boating dengan peha yang dah berjaya aku kurangkan lemak 1% terpaksa pulak berlari pergi first world hotel. Well done anne sehari suntuk berlari mengalahkan Watson Nyambek. Kahkahkah!

P/s: Thank buat nuffnang dan Genting untuk anjurkan program explorace makanan yang paling best pernah aku join. Penat seharian belum hilang lagi tapi aku rasa tengok reaksi kawan – kawan tadi semuanya tersenyum lebar.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });