0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Blackberry Z10 Boleh Dimiliki Esok

Salam.

Ehem! Menulis dengan tersenyum kegembiraan! Haaa blackberry z10 akhirnya dirasmikan di J.W. Marriot petang tadi yang mana blackberry terbaru ni antara kelahiran terhebat memotong kehebatan BlackBerry Bold 9900 dan BlackBerry Porsche Design P9981. Kalau yang belum tahu, blackberry z10 ni menggunakan platform baru  iaitu BlackBerry 10 OS. Tapi yang buat aku terujanyaaaaa haa korang kena baca sampai habis ye!

Blackberry z10 ini menawarkan sentuhan penuh sama seperti Iphone dan samsung dan kelebihan utama Blackberry z10 adalah multitasking yang mana korang boleh banyak aplikasi pada masa yang sama. Amacam? Dah tak sama macam blackberry lama dah semua upgrade jadi terbaik.

daphne iking

Host untuk event ni semestinya Daphne Iking yang cantik wooo! Last aku jumpa dia tahun lepas makan sesama kat ampang tapi tadi bila jumpa haaaaaa sempatlah bersembang.

Mesra Mobile Gallery

BlackBerry Z10 merupakan sebuah peranti dengan skrin sentuh penuh sebesar 4.2 inci tanpa papan kekunci QWERTY padanya. Dengan reka bentuk yang serba baru, Blackberry Z10 yang hanya setebal 9mm dilengkapi dengan kamera 8 Megapixel serta 2 Megapixel kamera hadapan untuk panggilan video dan sebagainya.

Untuk keupayaan yang lebih baik serta fungsi “Multitasking” yang lebih efisyen, Z10 dipadukan dengan Dual-Core 1.5 Ghz processor dan RAM sebesar 2 GB. BlackBerry Z10 boleh didapati dengan warna hitam atau putih yang didatangi dengan memori dalaman sebesar 16 GB serta menyokong memori tambahan sehingga 32 GB.

IMG_9530

Blackberry z10 diperkenalkan oleh Annamalai Muthu, Country Director Blackbbery Malaysia.

IMG_9540

Antara spesifikasi utama BlakcBerry Z10 ialah:

  • Pemprosesan 1.5Ghz Dual Core
  • Skrin bersaiz 4.2 inci dengan resolusi 1280 x 768 piksel
  • Memori bersaiz 2Gb
  • Storan berkapasiti 16Gb
  • Kamera belakang 8Mp dan kamera hadapan 2Mp
  • Dimensi saiz : 130 x 65.6 x 9mm
  • Berat : 137.5 gram
  • microSD, microUSB, microHDMI, NFC
  • Bateri 1,800 mAh

daphne

Tadi punyalah eksited sangat sampai aku lupa nak snap gambar dengan DSLR time dengan Daphne. Baidewey, kat event blackberry ni jugak aku menang 2 blackberry z10. Wohooo bertuah lah pulak hari nih. Ikutkan takde luck sangat pun sebab cabutan tu dia lekatkan sampul kat bawah kerusi tapi bila Daphne asyik bagi semangat suruh pergi cari haaaa sekali aku cari terus jumpa. Lepas dapat sampul dengan eksitednya aku lari peluk Daphne macam dapat kereta ferrari sejibik! Mampu?

P/s: Terima kasih Blackberry untuk pelancaran yang sangat menyeronokkan. Yelah, kalau dapat 2 bijik blackberry FREE tapi tak seronok lagi tuh tak tahu nak kata dah. haha. TQ jugak buat Daphne kerana bagi support tadi. Kalau dia tak suruh memang aku buat dono jek sampai habis. hikhik!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });