0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Assalamualaikum.

Selama seminggu blog dah berhabuk tambah pulak kebizian dengan schedule yang agak pack untuk permulaan bulan tahun 2013. Hurm.  Apa pun, tahun yang menyeronokkan buat aku. Kali ni aku nak berkongsi keseronokan bermain Lasertag di E Curve anjuran Speakoutloud yang mana ramai blogger femes amos turut memeriahkan event kali nih. 

Antara muka yang hadir tadi Kifly Mally, Eazy, Akmal Hilmi, Cik Epal, Nisa Kay dan Hafiz Cyber. Haaa hebatkan dorang yang datang?

Dari kanan, Cik Siezuka, Broframestone, Hazman Fadzil, Ujang dan Jamar plus yang 2 orang lagi aku tak kenal siapa. Tak sempat nak berkenalan asyik keluar masuk untuk games. Hari ni saja total team aku main 5 kot! Kesemua yang ada 8 kumpulan dan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kali ni, aku team mates dengan Cik Epal, Ami, Akmal Hilmi dan Hamzah. Tak sangka gila Cik Epal punya skill menembak perghhhhhhhh dasat. Kagum kejap! haha. Bertuah gila dapat masuk team dia haaaaaaaa kemain penat asyik kena lari – lari ayam dalam tempat gelap.

Time ni dah final untuk tentukan pemenang kiranya masuk kali kelima kena main lasertag. Muka aku toksah cakap exhausted sampai terduduk diam punya lenguh asyik main jek kerjanya. Esok kompem kaki aku macam kena penyakit Parkinson! kahkahkah. Credit gambar dicilok dari Ain

Team aku Eliminator nasib tak kena eliminate jer lawan dengan team Jinx. Kemain Melastik Bintang bersemangat waja untuk games terakhir.  Kumpulan aku ada 2 perempuan lawan dengan team semua lelaki. Jangan memandang rendah kemampuan perempuan. Kahkahkah!

Team Spark yang suka kejar aku terutama Eazy. Penat aku lari sana sini menjerit sekali dengan Kifli. Memang best main lasertag boleh hilangkan tension. Menjerit kuat – kuat pun orang tak kisah. Sekali dua menjerit boleh kaver lagi tenaga yang ada tapi bila ending games jangan cakap menjerit nak tersengih pun dah tak mampu. Penat wooo!

Ini dia team Jinx yang berjaya group kitaorang kalahkan. kekeke!

We are The Champions!! yihaaaaa! padahal aku main tak cukup stamina harapkan pada Ami dengan Cik Epal untuk kumpul point. Yang penting kerjasama. >.<

 Gold Medal!

Muka kepenatan tapi eksited dapat menang tempat pertama. Cik Epal nampak jek lembut tapi time main perghh dah hilang lembutnya. Aku jugak terkial-kial kena tembak. Million thanks buat speakoutloud yang sudi menganjurkan event untuk blogger dan aku harap selepas ni akan diadakan lagi. Bukan senang nak kumpul blogger secara beramai – ramai untuk datang dan main dengan seronok. Pengalaman yang sangat berharga tambah pulak dapat medal. Hikhik

Main lasertag kat E Curve memang seronok tak mampu nak gambarkan dengan kata – kata. Kalau nak buat event, better bawak jek kawan yang ramai dan main dengan havoc. Esok kompem kaki aku bertukar jadi robot. Hari yang Ohsem dan Team mates yang mantap! Thank korang untuk semangat hari ni.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });