0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Korang peminat setia cupcakes? suka makan dan buat resepi cupcakes sendiri? Haaaa meh sini aku nak share dengan korang macam mana dengan berkongsi resepi korang dan hasilkan cupcakes yang kreatif dan sedap mampu menang Rm100k. Bukan Rm10k tapi Rm100,000. Perghhhhhh masykukkkk! Semuanya tidak mustahil hanya dengan Celcom. 

Sempena dengan pelancaran contest cupcakes pada  30 August 2012 – 20 September 2012, celcom menjemput aku untuk menyertasi sesi memasak cupcakes. Haaa macam tak percaya jek aku pun join aktiviti masak-masak. Jom layan dan belajar macam mana kitaorang semua memasak cupcakes. Hikhik. Acara dirasmikan oleh Ketua Pemasaran Celcom Axiata berhad, En Zalman Aefendy Azinal Abidin.

Sesi memasak cupcakes ini disertai lebih kurang 20 orang semuanya dan tema yang kitaorang kena buat tu haa bendera Malaysia. Sangat so Malaysian. Yela, baru lepas sambut merdeka ye dak mestilah semangat sayangkan negara tu bertambah kuat. Ehh ada kena mengena ker?

Dengan seorang instructor iaitu Chef Lu Soo Chee yang memberi arahan disamping sehelai kertas resepi, kitaorang diberi kumpulan masing – masing dan aku masuk dalam group Kelly dan Hanie Hidayah. Dengan Kelly dah lama jugak aku kenal sangat peramah orangnya dan Hanie Hidayah ni baru first time aku jumpa dan kenal. Korang patut masuk blog dorang sebab best gila banyak info berkaitan perempuan yang korang boleh keep up.

Cara membuat cupcakes,

110g tepung

Tepung Penaik

Mentega

Gula

Telur

Essence Vanila

Susu 

Langkah pertama, campurkan tepung bersama mentega dan kacau sehingga sebati. Lepas dah lembut sikit, masukkan essence vanila diikuti dengan telur dua biji tapi masukkan satu persatu. Lepas tu, jangan lupa masukkan susu. Eceh, macam chef pulak rasanya. Heee.

Adunan yang dah siap tadi dimasukkan ke dalam cawan kecik satu persatu tapi jangan penuhkan satu cawan sebab nanti adunan ni akan mengembang takut melimpah keluar pulak. Dah settle bab adunan dan cawan, seterusnya dimasukkan ke dalam oven pada suhu  180 C / 13 minit.

 Inilah dia rupa cupcakes yang siap dimasak tadi

Cupcakes dah masak so langkah seterusnya kena membuat hiasan iaitu buttercream frosting kat atas tu supaya bertukar jadi bendera Malaysia. Bahan yang digunakan sama jek dengan group lain iaitu Mentega, Icing sugar dan susu. Setiap sorang ditugaskan membuat buttercream frosting mengikut warna dan kumpulan aku memang rajin terutama Hanie. Bab decorate passing kat dia jek sebab setiap kali aku buat mesti tak jadi. Wahahahaaa.

Tangan Hanie lembut kot tu yang senang dia nak picit benda alah tu keluar jadik cantik. Time aku buat asyik nak penyet jek. Masing- masing macam enjoy jek buat cupcakes ni kan? Nampak macam senang tapi aku rasa part paling susah nak decorate bintang warna kuning tu haaa part tu sape lagi mangsa yang kena buat kalau bukan Hanie. Senang jek tu. Eceh!

Haaaa sekarang resepi pun dah ada, apalagi nak tunggu jomla sertai contest dari Celcom ni. Tema untuk contest ni tak susah cuma Tema Malaysia jek dan apa yang korang perlu buat lagi adalah dengan LIKE facebook  Celcom Cupcakes. Lepas korang dah snap gambar cupcakes, bolehlaa upload gambar kat sini ek.

55 orang yang mendapat LIKe tertinggi sehingga  23 September akan ke peringkat seterusnya di mana korang akan bertanding secara real beramai – ramai pada 29 september 2012. Pemenang ditentukan berdasarkan kreativiti dan persamaan dengan gambar yang dihantar semasa penyertaan awal.

Hadiah Ditawarkan;

Tempat Pertama – Samsung Galaxy SIII & RM 10,000 tunai
Tempat Kedua    – Samsung Galaxy SIII & RM 5,000 tunai
Tempat Ketiga    – Samsung Galaxy SIII & RM 2,000 tunai
Saguhati ( tempat ke 4-55 ) – LG Prada
FREE CUPCAKES giveaways akan dibuat pada 16 september 2012 dan nak tahu macam mana nak dapat, korang boleh masuk ke facebook Cupcakes Challenge.

Haaaaa dah kompemlaa 55 orang yang masuk ni akan dapat bawak balik hadiah. Mudahkan? Maklumat lanjut, korang boleh masuk laman web celcom. Selamat mencuba!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });