0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Semalam aku lembik, pagi tadi pun aku masih lemau tapi malam ini aku bertenaga. haha. Cukup bertenaga untuk menyepak anasir luar yang tak pernah serik nak cari pasal.

Petang tadi, meredah hujan bagai dengan bertemankan sorang member aku gagahkan jugak sesatkan diri kat tengah bangsar. Aku lupa hari ini jalan jem since esok cuti. Dua jam lebih aku stuck in jem tapi nasiblah sampai jugak kat destinasi yang aku tuju.

Rupa aku yang serabai setelah 8 hari tak makan nasi. Time aku nak kurus gila vavi takde pulak boleh tak makan tapi sekarang, nasi pun aku pandang sebelah mata. Berat aku sekarang dah jadi 52 dari 58kg dalam masa seminggu. Jumpa kengkawan, semua cakap lengan n peha aku dah kurus. Huh nampak sangat peha aku besarkan? hahahaa.

Sementara nak tunggu kawan aku datang, aku cari kedai nak lepak tapi malangnya kat bangsar ini, mana ada kedai makan biasa semuanya luar biasa. Sudahnya, aku masuk jer coffee bean jer. Aku rasa tempat sini macam untuk golongan kaya jer tak sesuai untuk orang biasa macam aku.

Aku pergi sini pun cuma 1 tujuan jer amek kamera untuk konsert suarakami astro hari sabtu nanti. Tengok pada event punya schedule macam best. Kali ini yang specialnya, aku boleh request untuk photographer passes and 1 mor seat for media passes. At last, dapat jugak nak snap gambar artis dari dekat. hahaha.

Dah borak – borak pasal event sabtu nanti, aku pun terus dengan selamba bayar bil with duit singgit – singgit. Aku rasa ini fes time laa kawan aku gelakkan aku dengan muka tak percaya bayar duit singgit. Maklumlah, aku ini kerja pun kat kantin, mana ada duit besar macam orang lain. Janji duit halal!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });