0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Salam..

Agak lama blog aku bersawang. Lebih 2-3bulan rasanya. Baidewey, ini laa first entri personal untuk tahun 2014. Baru baru ni, buat kali pertamanyaaaaa aku mula join kengkawan yang buka booth setiap weekend untuk kembangkan bisnes dengan lebih maju. Haaa kemain kan? Event pertama aku mula berjinak ni haaaaaaaaaaa Damansara Street Fest. Rasanya kalau korang dah kerap join booth mesti dah tahu banyak tempat yang ada tapi memandangkan event ni buat dekat area damansara jadi mudah la bagi aku yang memang menetap kat sini. ALhamdulillah walaupun baru kali pertama join tapi seyes memang gempak habis!

Apa yang menariknya, leih 100 online vendor yang turut menyertai dalam 1 bumbung. Plus kebanyakannya online butik yang gempak gempak! Antaranya Ashh&anas, Fashion Repuclic, Thegoroboc, Psydelic dll. Ikutkan nak taip semua tapi korang tengok kat senarai list atas tu. Punya banyak boleh juling mata nak kira satu satu.

Nampak? Apa yang korang nampak? Aku nampak tu haa banner Atita Haris yang femes amos kat depan sekali dengan orang ramai yang berkurumun nak rebut Skirt & tudung dari butik online yang kebabooooooooooooomm Ashhh&Anas. Ehh korang tau tak, Instagram Ashh&Anas dah dekat 100k? Dengan like & komen yang berjuta lemon, seyes aku kagum gila dengan effort usahawan muda yang sangat sangat aku adore ‘Anas Zahrin’. Selalu kalau aku stress dan nak cari bahan untuk gelak, mesti aku melepak kat instagram dorang. Caption dia seyes best!

Apa yang menarik tentang Damansara Street Fest ni, dorang ada buat performance untuk menghiburkan orang ramai yang datang shopping plus ada beberapa artis yang turut sama bagi sokongan. Belum lagi campur dengan vendor vendor yang happening sampai aku pun pening! 2 hari kat sini terasa macam sekejap nya masa.

Kalau nampak ramai ni, toksah cakap laaa. Tu dia stok Abang kawasan yang berjuta juta lemon. Banyak gila tapi hari terakhir memang nampak kosonggggggggggggggggggg! Cayalahhhhh !

Bayangkan 100 vendor dengan pelbagai barangan dengan harga murah gila! Hari last day 5 jam sebelum balik, dah macam pasar riuh rendah dengan tawaran yang buat customer gila nak shopping semua! First time join event yang happening macam ni. Seyes best!

Kalau korang nampak tshirt geek tu, haa tu la tapak yang aku dapat tau! Memula aku risau gak kalau datang crowd takde tau. Damansara ini terkenal bukan kawasan melayu so kalau nak buka tapak tu mesti payah nak dapat customer tapi alhamdulillah! Sambutan sangat ohsem! Rata rata yang datang, dorang cakap nampak macam meriah dan tak semua hanya tahu dari instagram. Baju GEEK aku tu, tak sampai 4jam, 30 helai sold out!

Photo: Di samping itu di sini ada juga persembahan street lion dance :p  #performingart #gongxifacai #liondance

Siap ada tarian lion dance tau!

d5

Apa yang menarik lagi, kat sini ada Betty Rahmad. Mesti korang kenalkan? Betty ni antara artis yang aku paling kagum sebab humble gila! Bila peminat nak bergambar mesti dia layan semua tak kira masa. Bila nak mintak dia pose macam mane pon,dia follow je! Plus aku ada bagi skirt untuk dia promote sekali. Memang tak perlu nak kena bayar, dia promote FREE je. Bukan senang nak dapat artis yang promote for free! Psst : Nora danish pon datang support tau! Kebanyakan bila tahu ada Nora Danish, terus serbu! haha!

d1

Kakak ni pulak jiran depan booth aku! Dia jual buah buahan dengan air! Kitaorang ni dah jadi customer tetap! Tapi paling kelakar bila dia nak beli baju wolf 88 tuuu. Sejam pertama aku buka booth, t shirt tu laris macam pisang goreng. Aku letak jek terus orang beli! Kebetulan raya cina, stok memang tak banyak. Memula kakak ni mintak kurang tapi aku dah tak boleh nak kasi sebabnya harga dah terlalu murah sangat dah!

Masa tinggal sehelai jek lagi, datang sorang customer yang sebelum ni dah ronda 3 kali sebelum membeli. Aku dah agak dah t shirt ni mesti takkan lama punya sebab kain dia lembut dan material kat area lengan tu satin. Bila pakai memang sejuk dan ikut figure lengan kita. Harga pulak aku letak Rm35 jek. Bila customer tu nak amek, terus kakak tu angkat tangan tengok kitaorg bagi isyarat dia nak beli! Time tu dah serba salah mana satu nak kasi sambil saling berpandangan.. Lastnya, aku bagi kat kakak tu sebab nampak muka dia bersungguh nak beli. haha! Seronok pulak menjual baju ni rupanya!

d3

Selain kita seronok duk menjual, paling hapi bila ada kengkawan datang support! Salah sorangnya ni haa pemilik butik Belle Ammara yang menjual kain telekung yang femes kat setapak! Muka dia ada iras Izara Aishah kan? Kenal dia lepas dia kahwin dengan rakan blogger Carl Samsudin. Dorang ni antara kawan yang suka berkongsi tips berniaga dan banyak support kawan kawan lain. Seronok kenal korang.

belle

Haaa ni kain pensel skirt yang aku bagi kat belle! Cantik gila bila dia pakai. TQ belle sudi promote aku kat instagram! Baidewey, kalau korang di antara mereka yang berminat nak jadi vendor kat Damansara Street Fest, nanti bolehlaa follow @damansarastreetfest di instagram! Bulan 5 nanti dorang akan buat lagi event macam ni dan harapnya aku termasuk dalam list la ya. haha!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });