0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waaachaaa.

Semalam dek kerana kegilaan aku melepak lama sangat kat Kuala Lumpur Photography Festival, hari ini dengan gigihnya aku menapak kat Lowyat semata – mata termimpi – mimpi DSLR Canon yang aku duk pegang masa kat festival di Mid Valley. Tido tak lena, makan tak kenyang asyik nampak kamera memanggil – manggil. Haha.

Tengahari tu, aku dah mula tak senang duduk terus aku kontek Cik Epal tanpa banyak soal, dia sanggup temankan aku pergi lowyat. Fuhhh nasib ada kawan yang sudi teman aku. Macih Cik Epal jasamu akan aku kenang selagi ada hayat. Muahahahahaa.

Di mana ada Selena Gomez di situ ada Shaheizy Sam. Dorang berdua memang sporting, layan jer aku sampai anak tekak haus pun dua – dua diam jer. Ronda punya ronda, jumpa jugak kedai yang aku biasa pergi jadi tak pening kepala sangat nak tawaf 1 lowyat semata – mata nak cari DSLR murah. Muahahaha.

Tanpa banyak soal, aku terus angkat canon 60D. Baidewey, mulanya aku nak angkat canon 7D tapi atas nasihat kawan, akhirnya aku pilih 60D rasanya lebih ringan sikit dan sesuai dengan budget yang aku dah simpan sebelum puasa dulu. Lama takkk? Impian nak bertukar body DSLR ini dah lama cuma sekarang jer baru sesuai dengan masa untuk aku bertukar kepada yang lebih better.

 

 

Apa jadi dengan nikon 3100? Kamera tu aku tak jual, aku tak trade in pun cuma aku bagi pada adik lelaki as a present. Nak jual rasa macam sayang lagipun banyak kenangan dengan kamera tu.

Tadi aku beli Canon 60D dengan lense 18-200 tapi ingat nak angkat sekali dengan lense untuk potrait 50mm malangnya tak cukup duit dah. Aku repair sekali cover handycam dengan amek tripod terus budget aku lari. Takpe – takpe, next week ada lagi. Addicted betol dengan gadget DSLR. Hisshhhh.

Dah dapat kamera, senyum pun melebar aje. Kalau boleh taknak tutup pun biar setiap masa senyum baru jadi awek muda. haha. Dah beli DSLR, kitaorang terus ker Pavillion dengan berjalan kaki. Baru aku tahu rupanya dekat aje lowyat dengan PAVI. Jakun sungguhlaaa! Hari – hari berjalan kaki macam ni, mau badan aku jadi keding mengalahkan tiang letrik. Muahahahhaa.

Masa Cik Epal ajak pergi Pavi, dalam kepala hotak dah nampak dah assam laksa kat food court terus hati aku menyanyi-nyanyi hapi. Ehhh pandai ko menyanyi? Hek ele, orang ajak pergi karaoke, ko duk tersengih – sengih tak tahu karok. Meh kasi penampar sebijik! Angan – angan mat jenin sungguh! Muahahahaa.

Taraaaaaa. Semua gambar dalam ini diambil dengan kamera baru. Bau kedai lagi weh! Tadi dah asyik sangat borak dengan dorang berdua, kalau takde air memang terbeliak mata aku nak tercekik makan laksa. Tekak dah haus, aku sumbat dengan makanan ala – ala masam memang berkali – kali jugak aku tersedak. Tapi aku berlagak cool depan dorang jaga air muka punya pasal! Muahahahhaaa.

Tuuu dia Cik Epal gonjeng dengan kuewtiaw goreng yang hangit? Tekak aku rasa kuewtiaw tu macam hangit tapi dia cakap sodap? Aku pun tak faham. Tapi yang penting, kempunan aku nak makan laksa tercapai jugak akhirnya. Macih guys! haha!

P/s: Malam ini nampaknya aku dah boleh tido lena sampai pagi.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });