0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

tl

Baru ni aku ada mention kat dalam blog pasal akaun facebook personal kena block dengan facebook.  Menggila jugak kejap sebab semua urusan aku memang dengan online facebook. Termenung, gelisah dan last sekali REDHA. Time aku dapat tahu kena pulak time drive pergi restock barang kat butik haa muka toksah cakaplah selebet semacam. Susah hati kot!

fbb

Masa cubaan nak log in balik tu, facebook bagi mesej yang akaun aku nih dah kena suspended. Buka jek email haaa memang nampak surat cinta dari facebook team. Nak buat macam mana terpaksa pasrah. Masuk hari keempat nak buat kerja dah jadi makin rumit akhirnya mengalah jugak terpaksa buat akaun kedua. Malangnya akaun baru jek buat 4 hari dah kena block balik. Sudahnya aku give up jek!

Petang tadi bila admin aku mesej bagitahu profile facebook dah muncul balik haaa tersenyum lebar kejap. Alhamdulillah. Lega dan seronok! Dengan tak sabarnya, aku buka email untuk tengok status dari facebook. Yela, nak tahu jugak apa masalahnya. Time kena block tu, facebook ada mintak aku attach salinan IC sebagai bukti untuk dapatkan balik akaun personal. Time kena block tu, aku main tibai jek mesej kat facebook team sampai ayat pun dah tunggang langgang jadinya.

Baca balik tergelak sorang s- sorang. Ape daaaa! Nasib baik dorang faham. Sepatut jadi for me dah kalut punya pasal jadik to me? Sabar jekla. Selama 2 minggu menunggu akhirnya dapat jugak personal profile nih. Alhamdulillah. Ada jugak kawan – kawan aku yang kena macam nih tapi tak dapat balik akaun dorang. Apa pun aku harap dengan entri cikai aku nih bolehlah bagi panduan buat korang yang mungkin akan kena nanti. Lately, facebook tak berapa stable sangat jadi beware lah ye!

ddddd

Antara sebab utama akaun aku kena block adalah repot dari pengguna facebook. Dunia online ni ramai sangat kaki dengki padahal aku nih bukan amek tahu sangat pun hal dorang. Aku tahu ada sorang manusia nih yang pernah datang rumah, pernah jadi kawan dan pernah sama – sama satu bidang tapi bawak mulut pasal aku kat budak – budak facebook yang setahun jagung belum kenal aku sepenuhnya. Kesian tengok dorang ni macam dah takde kerja sangat. Apa jek aku buat semua nak jadikan isu.

Harus aku tegaskan, aku bukan ARTIS dan aku bukan jenis yang suka JAGA TEPI KAIN orang. 24 jam masa yang ada nih pun tak cukup untuk diri sendiri ini kan pulak nak melayan korang yang aku tak kenal siapa. Buat insan tersebut, dah jadi otai buat apa nak berdengki lagi? Rezekikan milik Allah. Tapi bagus jugak bawak mulut pasal aku haa ramai sikit haters! haha. Apa pun, TQ Mark Zuckerberg yang kasi balik facebook personal nih. Alhamdulillah. >.<

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });