0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Featured In Majalah Libur 2013

Salam.

Waahh kemain besar aku tempek gambar blog yang baru masuk dalam Majalah untuk bulan Februari 2013. Tahun baru dengan seribu satu permulaan yang memberangsangkan buat blog merah aku ni haaaaa. Ehem! Tahun lepas dah masuk Generasi Y dan Utusan Malaysia tapi untuk Kick Start 2013, alhamdulillah merasa lagi sekali untuk Majalah Libur. 

Dapat tahu pun dari Rayyan Harries yang memang cepat update pape dengan aku. Seminggu dua ni, jadual toksah cakaplah tersangat busy mengalahkan perdana menteri sampaikan nak online pun rasanya dalam 5 minit jek yang mampu diluangkan. Kalau dulu sejam sekali wajib online tapi sekarang ini banyak sangat kerja yang nak settlekan. Pernah dengar nama Majalah Libur? Haaaa majalah Libur merupakan majalah berkonsepkan percutian dalam dan luar negara kiranya kalau korang nak tahu tempat percutian best tu bolehlah jadikan sebagai sumber rujukan!

Sejak dari 9 bulan lepas, aku mula bergiat aktif hampir setiap bulan pergi bercuti dalam Malaysia. Luar negara entah bila nak jejak tapi yang penting 1 Malaysia aku punya! Eceh! Kalau dulu dalam kepala mesti fikir arghhh buat apa nak bercuti dalam Malaysia dah nama negara sendiri macam takde apa yang best pon tapi selepas bergiat aktif mempromosikan setiap negeri yang aku singgah, rupanya banyak lagi tempat yang aku tak sedar sangat menarik dan menyeronokkan. Tambah pulak bercuti beramai – ramai perghhhhh badan aku berisi sampai tak boleh nak kontrol! Bahagia sangatlah katakan! kekeke!

Aku harap tahun 2013 ni dapatlah menjejakkan kaki ke luar negara pulak. Thailand pun jadiklah! Thank sangat buat Rayyan yang banyak bagi support untuk berjinak dalam dunia Travel dan jugak majalah santai, gaya travel, majalah Libur dan semestinya TOURISM MALAYSIA yang banyak bagi ruang dan peluang untuk aku kenal negara sendiri dengan lebih dekat. Peluang yang datang hanya sekali dan harap lepas ni dapat lagi. Insyaa Allah.

P/s: Buat pertama kali kena saman tadi bawak kereta tanpa lesen memandu disebabkan terlupa nak bawak salinan repot polis rumah dirompak. Takde lesen! Takde Kad Pengenalan original cuma salinan sementara!  Huwarghhhhhhhhh, kejamnya abang polis! >.<

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });