0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Semalam aku ada borak dengan sorang kawan blogger bergosip tentang blog masing – masing. Dah lama sangat meninggalkan zaman berblog kali ni boleh pulak keluar topik Femes vs dikenali. Perkara biasa bagi aku yang akan bercakap tentang blog bila berjumpa kawan dalam dunia blogger tapi mungkin awkward bagi korang yang belum bergelut dalam dunia online. 

Dunia blog sekarang dah jauh dari dulu. Sebelum ada fanpages, siang malam aku berhempas pulas naikkan trafik sampai tak kenal makan minum tapi sekarang dah ada fanpages punya kemalasan nak hapdet blog. Nampak? Time susah rajin benor usahanya bila dah dapat mula tak hargai? Hishhhh apa nak jadi dengan aku ni. Kekeke.

Topik yang kitaorang borak semalam pasal Blogger Femes dan Blogger Dikenali. Sebelum ni, aku sendiri pun confuse sebenarnya sampaikan aku rasa femes vs dikenali adalah istilah yang sama. Lately, semakin ramai blogger event yang muncul macam cendawan dan tak kurang jugak dengan advertiser yang cari blogger dikalangan mereka yang aktif hadir ke event untuk cover up story dengan harga yang dorang rasa lebih berbaloi. Tapi ada jugak yang free wooo.

Kenapa aku pilih blogger event? Pendapat aku secara personal, menjadi blogger event ni mudah dikenali kerana bergiat ke sana sini jadi nama mudah dijual. Bukan aku kata blogger tak pergi event tak dikenali cuma kebiasaannya mereka yang suka turun event mudah dikenali terutama oleh advertiser. Senang kata mudah nak cari makan aka poket penuh! Tapi aku nih bukanlah blogger event yang aktif sangat pun. Cane poket nak penuh nihh. Hikhik

Femes bagi aku apabila mempunyai blog dengan penulisan yang seronok dilayan dengan reader yang tak henti support plus plus plus mempunyai income yang kebabooom! Cuma ada sesetengah blogger sekarang ni yang dilabelkan sebagai dikenali mula melabelkan diri sendiri femes dan jugak mula lupa di mana kaki sedang berpijak.

Dengan nama DIKENALI mula menggunakan kuasa media social untuk menjatuhkan sesama sendiri yang mana bagi aku sangatlah menyedihkan. Kita sesama melayu, sesama berusaha untuk majukan diri sendiri dan sesama jugak mencari sesuap nasi di medan Online. Kenapa mesti ada perasaan hasad dengki ye?Itulah manusia kan hati takkan sama.

P/s: Semoga aku sentiasa tak lupa di mana kaki berpijak dan sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan yang ada. Selama 3 bulan ni, aku pun dah slow down pergi event  sebabnya kadang-kadang bila nama dikenali, semakin banyak dugaan menanti kemudian hari. Semakin sakit untuk melangkah lebih tinggi. *sigh

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });