0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Floria-Putrajaya-2013

Floria Putrajaya 2013 yang akan dianjurkan selama 9 hari berturut-turut mulai 22 Jun 2013 di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya akan dihiasi dengan lebih dari 5,000 pokok bunga Orkid pelbagai spesies yang disusun dan dihias dalam bentuk taman dan gubahan.

Bertemakan Bunga Orkid – Khazanah Tropika (Orchid – Tropical Treasure), Floria Putrajaya 2013 juga akan mempamerkan lebih dari 200 spesies, kultivar dan hybrid pokok bunga orkid, sebahagiannya yang jarang dapat dilihat.

Orkid merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia kerana faktor kesesuaian iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ia juga menjadi pilihan di kalangan penggemar flora di negara ini kerana saiz, struktur dan warna bunga yang pelbagai.  Malaysia juga merupakan  tempat taburan  hidup spesies orkid yang mencapai ribuan  jenis kerana kesesuaian iklimnya.

Dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), FLORIA Putrajaya kali ini dijangka dapat mencapai sasaran lebih dari sejuta pengunjung dengan mendekati orang ramai menerusi media sosial dan Instagram  di samping media lain yang sedia ada.  Justeru itu, pelbagai peluang disediakan untuk membolehkan pengguna internet memenangi hadiah menarik menerusi Pertandingan Fotografi, Pertandingan Slogan dan Pertandingan Blog Menarik (Best Blog Contest) yang menggunapakai media sosial.

Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan 23 peserta antarabangsa dari 18 buah negara terdiri daripada pereka taman (garden designers), penggubah bunga (florist) dan Persatuan Orkid Antarabangsa (International Orchid Society/Association).  Mereka akan mempamerkan taman dalaman (indoor garden displays), taman luaran (outdoor garden displays) dan taman orkid

(indoor orchid garden displays) dari Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam. Di samping itu, kreativiti dan kepakaran pereka taman landskap tempatan serta antarabangsa akan ditonjolkan menerusi lebih dari 80 Taman Pameran Luar yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan, korporat, swasta, persatuan, penanam, universiti, sekolah menengah dan rendah.

 

Pengunjung juga dapat melihat kreativiti 5 Arkitek Landskap dari Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) yang akan merekabentuk taman pameran dalam kategori Taman Pereka (Designer Gardens). Selain itu, sebanyak 9 persatuan dan penanam bunga akan menampilkan produk bunga seperti Bunga Orkid, Heliconia, Ros, Bonsai, Bunga Semusim, Bunga Temperate, Daun Berwarna, Bunga Raya dan Bunga Kertas di taman-taman pameran mereka.

 

Tarikan lain di Floria 2013 adalah Pameran Koleksi Bunga Orkid yang dinamakan sempena nama Orang Kenamaan, Pertandingan Bunga Orkid dengan pelbagai spesies, rupa bentuk dan keharuman Bunga Orkid, Taman Di Raja, Taman Inovasi, Taman Jamuan Teh dan Longest Landscaped Vertical Wall.

 

Sementara itu, komponen-komponen lain yang sinonim dengan Floria Putrajaya  masih dikekalkan seperti Bazar Jualan Bunga, Laman Seni, Jualan Kraf dan Cenderamata, perkhidmatan urutan serta jualan makanan dan minuman. Lebih dari 200 aktiviti dan program harian akan dijalankan sepanjang Floria Putrajaya 2013 termasuk ceramah dan bengkel perkebunan, demonstrasi gubahan bunga, hiburan, pertandingan fotografi dan lukisan cat air, penghasilan kraftangan dan bermacam-macam lagi.

Floria Putrajaya akan dibuka kepada lawatan umum mulai 22 hingga 30 Jun 2013 dari 9:00 pagi – 10:00 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).  Masuk adalah PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.ppjgov.my/putrajayafloria/floria.html atau boleh tengok https://www.facebook.com/putrajaya. Jumpa kat sana esok ye?

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });