0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Kalau dulu kita tengok Aishwarya Rai yang slim, cantik dan menawan tapi masa boleh mengubah semuanya. Haaa sekarang cuba tengok bila Aishwarya Rai yang dah gemuk malah gembira dengan bentuk badan yang dimiliki. Mungkin bahagia atau barangkali aku rasa dia malas nak bersenam.

Heroin filem Dhoom 2 itu berada di Festival Filem Cannes di sini untuk acara karpet merah sebelum menghadiri lelongan amal bagi memerangi AIDS anjuran Sinema amfAR. Kemunculan Rai, 38, sememangnya dinantikan oleh peminat yang tidak sabar melihat sama ada bekas Ratu Cantik Dunia itu kembali kurus selepas melahirkan anak pada tahun lalu.

Namun, Rai berkata, dia tidak bimbang tentang tanggapan peminat terhadap dirinya. “Seseorang pelakon akan sentiasa menjadi tumpuan, akan ada pelbagai tanggapan,” kata Rai. “Ya, memang ada tanggapan negatif tetapi saya tidak kisah,” tambahnya lagi.

AISHWARYARAI_CANNES2012

Rai yang merupakan isteri kepada hero Bollywood, Abhishek Bachchan turut menolak saranan peminat agar dia berdiet supaya kembali langsing. “Saya gemar makan dan tidak pernah mengamalkan diet yang ketat,” tegas aktres tersebut.

P/s: Haaa ada jugak artis yang memang selesa dengan apa yang ada. Mungkin bahagia ataupun penat sentiasa tampil cantik dan menawan di khalayak ramai? Apa pendapat korang?

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });