0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

dddDSC00656

Agak lama aku tak berhapdet pasal kucing kesayangan kat rumah ni. Tahun ni rasanya tak pernah ada pasal kucing kot? haha! Melainkan makanan kucing ada jugak aku share. Baidewey, kucing terbaru ni hasil breed baka kedua yang aku bela iaitu Romeo yang aku kacukkan dengan baka Flatface. Kepeningan sebenarnya sebab dia asyik nak mating sehingga 2 minggu meraung dari pagi sampai malam dan akhirnya terpaksa aku bagi dia mengawan. Ini hasil breed Persian + Flatface.

dddDSC00600

Kenalkan kepada auntie dan uncle sekalian, nama dia twin. Bab nama memang malas benor nak bagi sebab tak pandai tapi memandangkan anak romeo ada dua ekor warna yang sama sebijik satu sama lain jadi yang sekor ni aku letak jek nama dia twin. Kesian betul dapat owner macam aku kan. Mata dia sama dengan ibu tapi bulu ikut baka bapak jadi nampak laa kelainan iaitu bulu lebih lembut dan tebal.

dddDSC00621

dddDSC00619

dddDSC00631

dddDSC00636

dddDSC00653

dddDSC00651

Sekarang ni umur twin dah masuk 2 bulan dan kena hantar pergi vaksin tapi belum berkesempatan lagi. Dalam umur dua bulan ni, banyak jugak cabaran yang nak kena lalui sebab membela kucing ni, paling sukar waktu dia baby. Tapi sebelum dia membesar, kita boleh ajar dia untuk jinak macam yang kita nak. Contohnya, masa umur sebulan lepas, aku dah ajar si twin ni supaya tidur atas aku. Yela, nak jugak merasa ada kucing yang suka tidur dan belai dia jadi awal-awal lagi, aku dah ajar. Memang menempek jekla kalau nampak aku jawabnya. =p

 

Macam aku suka jaga kucing dari baby sebab kita boleh bagi makanan yang bagus nanti bila dah besar bulu pun cantik jek. Dari awal, aku dah tukar makanan untuk bulu dia supaya gebu dan alhamdulillah baru 2 bulan, makin kembang dan menggebu dengan comelnya. Kalau korang nak tahu makanan apa, kena tunggu entri aku pasal kucing lepas ni.

dddDSC00638

Ini pulak kembar si Twin tapi nama dia masih takde. Aku panggil ikut suka hati sebab nak passing kat Cikepal nanti. Dia dah book awal-awal. Sebelum ni, dia dah dapat lilo tapi baka tu aku kacuk dari mainecoon so untuk baka kedua ni, aku saja cuba sebab aku nak muka dorang biar bulat sikit. Orang kata makin kemek makin mahal tapi aku bela ni pun sebab terlalu suka kucing jadi hasilnya passing jekla kat kawan-kawan. Sukahati jek nak suruh dorang buat anak kan. haha!  Tapi breed kali ni memang terbaik punya. Semua manja dan nakal tapi tang nakal tu yang penat. Letih tapi menyeronokkan!

P/s: Kalau korang nak tengok kucing yang lain, bolehlah follow instagram aku ‘Penmerah’. Lagi banyak gambar tapi untuk blog ni lagi cantik sebab ambil gambar dengan kamera dari sony nex-3N. =p

Credit pic : Sony nex-3n

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });