0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Korang layan dulu beberapa keping gambar dari kamera Sony Cybershot DSC-RX100. Dengan masa 10 minit saja korang tengok hasil yang sempat aku snap sebabnya 1 kamera untuk 3 orang tambah pulak aku ni tak pernah guna kamera compact. Haaaa terkedek – kedek jugaklah nak cari butang function untuk ambik gambar sehabis cun! Nasib ada Fatin takdelah aku kelam kabut. Hikhik

Gambar kedua dari  Sony Cybershot DSC-RX100

Gambar ketiga dari  Sony Cybershot DSC-RX100

Gambar keEmpat dari  Sony Cybershot DSC-RX100

Gambar kelima dari  Sony Cybershot DSC-RX100. Sebenarnya aku nak ambik gambar model yang duduk kat depan sekali tadi tapi rupanya masa yang ada tersangatlah limit jadi tak sempat aku nak snap banyak gambar. Nasib ada Fatin dapat jugak sekeping gambar model untuk  Sony Cybershot DSC-RX100. Boleh jadi duta ni. Ehhhhh!

Amacam? Mesti korang terfikir entah DSLR mana aku guna sebab kualiti gambar perghhh mengalahkan DSLR CANON 60D kesayangan aku meyhh. Dengan gambar yang terang dan jelas padahal lighting lampu kaler oren biasanya kalau guna DSLR kompemlaa akan ada noise tapi korang judge laahh sendiri ye.

Dengan hanya 10 minit untuk belajar cara guna manual compact kamera tapi hasilnya tersangatlah superb. Bayangkan kamera compact seberat 240g saja dengan separuh harga dari DSLR Canon 60D aku boleh bagi kualiti gambar yang lebih baik kira dah macam korang beli Canon DSLR 60D dengan diskaun 50%. Warghhhhhhhhh ruginya aku! hukhuk. Macam mana rupa  Sony Cybershot DSC-RX100?

News image

Inilah dia  Sony Cybershot DSC-RX100 yang aku guna tadi. Smart kamera meyhh! Lepas dapat pegang, benda pertama yang mencuri perhatian kawan – kawan adalah shutter speed. Lepas fokus sekali click perghhhh laju gila memang terbaik!  Sony Cybershot DSC-RX100 mempunyai  20-megapixel CMOS sensor dengan ukuran 13.2mm by 8.8mm. Ikutkan sensor Rx100 ini dikira kecik berbanding dengan APS-C-format DSLRs tapi kalau korang mencari compact kamera yang boleh muat dalam poket seluar haaaa Sony Cybershot DSC-RX100 is the best!

 Body Sony Cybershot DSC-RX100 diperbuat daripada Aluminum sekilas pandang mesti korang nampak sama sebijik macam DSLR tapi versi compact. Sama macam DSLR, Sony Cybershot DSC-RX100 mempunyai 2 tempat kontrol pilihan iaitu manual dan auto kiranya kalau korang rasa dah pro sikit, bolehlah guna manual.

Haaaaa paling aku suka denganISO Sony Cybershot DSC-RX100 yang mana bila korang snap dengan low light mesti noise takkan ketara sebabnya range ISO dia adalah 100 – 25,600. Bukti? Haaa korang tengok jekla gambar Fatin kat atas tu. Ikutkan kalau aku snap guna DSLR tanpa Speed Light mesti banyak noise tapi guna Sony Cybershot DSC-RX100 tak perlu speed light bagai, berat pun takde haaa gambarnya terang dan jelas!

Ini antara screen shoot gambar yang aku upload kat fanpages aku tadi. Haaa dalam masa beberapa minit boleh tahan yang likes tandanya kualiti gambar yang aku post dorang suka. Bila fikir balik, buat apalah aku beli DSLR besar gedabak padahal kamera compact yang separuh harga ni pun boleh bagi gambar double best dari DSLR besar.

P/s: Bagi aku, kalau korang nak cari compact kamera yang boleh bagi gambar puas hati dengan pelbagai efek plusss ada pelbagai mode yang mudah nak guna haaaaa silalah bertukar kepada Sony. Aku sendiri pun dah mengigau setiap malam sambil berangan nak kumpul duit untuk dapatkan Sony Nex-5n. Kemain eksited bila aku tengok kamera Fatin dan Rebecca boleh makan hati dibuatnya kalau setiap hari jumpa dorang. Haiyarhhhh Sony!! Bestnya kalau dapat sebijik mahu aku tak tidur seminggu. Hukhuk.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });