0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

f1

Dah lama aku tak up entri pasal kucing sejak dorang dah makin membesar nih dan ramai jugak yang bertanya tentang makanan yang aku kasi kat anak – anak comel kat rumah. Ramai yang geram tengok si comel kepunyaan aku yang nampak gebu.

Baidewey, sebelum dapat makanan dari Fancy Feast, aku memang dah bagi kucing – kucing comel nih makan Purina fancy feast yang dalam tin sejak dorang berusia 3 minggu. Jenama Fancy Feast ini antara yang bagi bulu kucing lembut dan gebu.

f2

Untuk semua kucing yang aku bela, dari awal dorang lahir memang aku jenis yang akan bagi makanan terbaik dan berbaloi supaya bila dah besar nampak gemuk dan gebu. Batch pertama hasil 3 ekor kucing betina dapatlah 20 ekor baby kucing 5 bulan lepas dan semuanya aku bagi fancy feast. Hasilnya selepas 5 bulan haaaaaaaaa korang boleh tengok pada bulu oggy si putih Himalayan ni.

f3

Socky yang dah berusia 2 tahun tapi badan dia masih gebu. Sebelum nih aku pernah bertukar pada makanan lain tapi bulu takkan dapat segebu bila kasi Fancy Feast. Tekstur bulu pun lebih lembut dan halus. First thing muncul dalam kepala bila tengok brand fancy feast ‘’bulu cantik dan gebu untuk si comel’ tapi sangat berbaloi untuk dibeli bagi mereka yang terlalu sayangkan kucing seperti aku. Haha!

Perisa Fancy Feast yang berwarna biru tu kepunyaan aku sebelum dapat special dari Fancy Feast yang mana selalunya stok fancy ni aku akan beli seminggu sekali. Kalau tak bagi, boleh perasan dorang kurang ceria daripada biasa.

f5

Fancy Feast menyediakan 3 jenis makanan kucing untuk korang miliki iaitu FANCY FEAST ROYALE BROTHS, FANCY FEAST Dry Cat Food dan FANCY FEAST ROYALE Wet Cat yang mana korang boleh pilih ikut kesesuaian si comel kat rumah. Harga fancy feast Royale Broth dalam Rm2.30 jek dan bagusnya produk ini disahkan Suci dan Bersih.

f6

Royale Broth ini satu-satunya sup untuk kucing di Malaysia dan menjadi pilihan aku sebabnya senang dorang nak hadam.

f7

FANCY FEAST BROTHS ni selalunya digunakan sebagai starter dan masa Oggy masih kecik, aku memang ajar dia makan fancy feast yang macam sup sebagai pengenalan.

f8

Kucing ni sama macam kita kena bagi perut dia menerima makanan lain secara perlahan haa kalau tak, jenuhlaaa dia nak memberak cair dalam rumah. Rajinlah pulak aku nak lap lantai nanti.Haha!

f9

Makan dengan penuh kelazatan.

f10

Jangan kata menjiat lantai, si oggy nih sanggup sembamkan muka punya taknak share dengan yang lain. Dahla gemuk tamak lak tuh. Apa nak jadi dengan oggy aku ni haaaaaaaaaaaaaa.

f11

Muka oggy yang pemalas. Dah habis makan yang sup royale broth tadi boleh lagi duduk depan bekas makanan dengan muka sedih nak makanan lagi. Haha! Cian dia.

f12

Dalam semua jenis Fancy Feast, dorang paling suka Fancy Feast Dry Cat Food pek biru iaitu yang mempunyai  campuran 4 perisa dalam 1 paket  tuna,prawn,mackerel & crab.

f13

Senang cerita, dari starter sehingga Dry dan Wet punya pun dorang takkan menolak. Sanggup berdiri lama tunggu aku buka bekas makanan untuk dorang makan.

f14

Muka romeo kekenyangan lepas makan dua paket Fancy Feast broths. Baidewey, mesti korang tak tahu kan, fancy feast broth ni special sikit daripada makanan kucing lain sebabnya yang ni merupakan sup untuk kucing. Kalau korang perasan, bulu kucing ni pun nampak lebih bersih daripada biasa padahal aku bukanlah rajin sangat mandikan dorang. haha

f15

Inilah hasil selepas 5 bulan aku bagi fancy feast. Dari umur oggy 2 minggu sehingga 5 bulan, bulu dia makin gebu dan lebih lembut berbanding 3 ekor yang lain.

f16

Banyak aku letak gambar oggy kat dalam entri kali ni memandangkan Oggy ni antara hasil dari Purina fancy feast yang aku bagi sejak dia baby lagi jadi untuk korang nampak perubahan hasil fancy feast punya makanan haaaa boleh terus tengok pada oggy si gebu.

f17

Bagus atau tak? Korang tengok bulu oggy nih. Lebih lembut dari kapas dan kebanyakan kawan yang datang hamper semua memuji bulu si Oggy. Dengan perut yang memboyot dan pendek pluss bulu yang gebu haaaa bagi aku Fancy Feast antara makanan kucing yang terbaik untuk si comel korang.

Nak tengok lebih real betapa seronoknyaa anak – anak comel nih suka dengan fancy feast, jom layan video keek ye;

3 pilihan fancy feast à http://www.keek.com/penmerah/keeks/u7FKbab

Fancy Feast Wet Food à http://www.keek.com/penmerah/keeks/vpEKbab

Kucing Penmerah makan Royale Brothà http://www.keek.com/penmerah/keeks/ACFKbab

Kelazatan Fancy Feast à http://www.keek.com/penmerah/keeks/EqNMbab

Perebutan Fancy Feast yang kelakar à http://www.keek.com/penmerah/keeks/eEEKbab

f18

Dah tengok video kucing kat keek mesti korang teringin nak mencuba kan? Haaa buat yang teringin nak bagi Fancy Feast kat kucing comel korang, apa kata masuk di website www.fancyfeast.com.my kerana ada 2000 samples percuma untuk diposkan kepada yang berminat. Caranya mudah jek, korang isi borang dalam website fancy feast dan hanya tunggu selama 4 minggu untuk dapat ye. Goodluck!

Disclaimer : I was paid by Purina Fancy Feast to write this advertorial

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });