0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Woaahooooo kali nih aku nak share event yang aku pergi baru – baru ini iaitu Get Control With libresse di Solaris Dutamas. Tapi event kali nihh special sebab melibatkan kesegaran tuala wanita yang boleh mengeluarkan haruman teh hijau menyegarkan. Segar meyhh takdelah rasa kurang kondifen bila pergi tempat ramai orang. 

Tiga orang duta Libresse, Vanessa, Adibah Noor dan Pamela.

Time aku sampai tuh sebenarnya ada games yang menawarkan hadiah menarik tapi punya laa segan – segan kitaorang tengok jekla dulu team member duk meneka – neka kat depan stage. Kahkahkah!

Masuk games kedua, partner aku Ziera Zain menjoinkan diri dengan meneka bau. Masa Pamela mencari team member nak suruh ke depan, aku memang surrender dulu sebabnya hidung aku nihhh hidung tak reti bau. Memang sesuai sangat Ziera kedepan sebab dia memang pandai bab- bab cium bau nih.

Bukan setakat ziera, Kak Ina pun join sama. Betul pulak tuh jawapan dorang! Thumbs up!

 

Sekarang nih Libresse mengeluarkan ® PUREFRESH GREEN TEA ODOR CONTROL yang boleh kawal bau yang tak menyenangkan jadi kalau nak berdepan dengan orang tuh takde lah rasa tak selesa. Produk terbaru nih dilengkapi ciri-ciri seperti OdorSeal, yang membantu mengawal bau tidak menyenangkan sementara pati teh hijau membebaskan haruman menyegarkan. Mungkin sesetengah dari korang rasa macam alahhhh benda remeh aje kan tapi bagi mereka yang first day period selalunya banyak huii tuala wanita macam nih sangatlah membantu.

Kalau ikutkan corak, libresse nampak lebih memahami kaum perempuan sebab kat tepi tuh siap ada corak – corak bunga dengan warna yang lembut. Tapi kalau corak aje lebih tak guna jugak. Kesemua tuala wanita Libresse® direka khas mengikut bentuk tubuh badan iaitu – Secure Fit™ dan Deep Flow Channels (DFC)™.  Maknanya satu ciri buat tuala wanita ikut rekabentuk badan dan satu lagi cepat menyerap cecair  terus ke dalam pad sekaligus elakkan kebocoran.

Penat – penat dorang berteka teki, akhirnya aku menang sekali. Kahkahkah!

Masing – masing dapat Vaucer Spa worth Rm200++. Macih Libresse!

Thank to Pamela, our team leader. Kalau takde dia yang bersemangat waja, mesti susah nak menang. Go blue Team!

At last, sempat jumpa dengan Ella. Aku kenal dia dari facebook tapi bila kat depan boleh pulak aku blur – blur sebab terpinga – pinga. Ella nih antara sponsor terbaru untuk MegaGiveAway yang tengah aku launch. Lupa nak cakap, Macihhhh Ella sudi sponsor untuk blog penmerah. Maklumat lanjut tentang Libresse, korang boleh terus pergi ker facebook Libresse.

P/s: Aku rasa lepas nihh nak bertukarlah dari Kotex ke libresse. Nampak lagi selesa dan segar. Korang bila lagi?

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });