0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

DSC09992

Sebelum ni, kalau orang yang dah lama kenal, mesti tahu bab fesyen aku memang kurang tapi since ada kawan – kawan yang nak aku ubah penampilan sedikit sebanyak aku cuba berubah walaupun tak tahu pape. Walaupun bermacam perasan pelik menapak dalam diri tapi untuk berubah jadi lebih baik, aku ikut jekla. haha. Kenalkan gambar atas tu puteri yang merupakan kawan media sejak setahun lepas.

kk

Baru ni aku ada beli kasut plain H&M tapi sejak upload kat instagram, ramai yang sarankan tukar warna tali bagi nampak meriah. Dalam kepala nih mana pulak nak cari kasut warna warni tambah pulak aku bukan kaki shopping. Kasut ni agak selesa dipakai sebabnya material dia lebih kurang sama dengan kasut sukan. Ringan dan tak lenguh bila berjalan sehari suntuk. Biasa kalau pakai wedges mesti kaki akan melecet tu pun bertahan dalam 3 jam tapi H&M punya material memang best.

DSC09993

Lepas tengok movie semalam, kitaorang berdua teruskan plan untuk cari tali kasut warna warni. Lenguh jugakla pusing One Utama semata – mata nak cari benda alah ni. Hampir nak give up bila puteri cakap tali kasut warna warni ni senang nak cari kat bukit bintang jek tapi time nak balik boleh pulak dia ternampak kedai Wild Channel. Aku ingatkan beli satu jek sekali 5 warna berbeza-beza. Layankan jekla. kekeke!

DSC09995

Nampak pelik tapi semalam masa keluar boleh tahan ramai mata memandang kat kasut pelangi aku nih ha. Ye aku tahu orang nampak pelik apatah lagi aku yang memakainya weyh! Tapi bagus jugak sekurangnya aku boleh belajar untuk cuba konfiden dengan diri sendiri. Kalau diri sendiri nampak buruk mesti orang lain pun sama kan? Mula-mula rasa awkward tapi lepas 10 minit melayan karenah puteri dah hilang rasa pelik plus siap ada yang tanya kasut H&M yang aku pakai ni baru keluar ker since last time dia tengok tali warna hitam. Tersengih jekla aku dibuatnya. Rupanya orang tak pandang pelik pon. Perasaan jek lelebih! kahkahkah.

DSC09996

Inilah hasil 4 tali kasut yang diikat oleh puteri sampai terduduk atas lantai. Masing – masing yang lalu tajam jek mata duk pandang kat kasut hitam yang di make over. Baidewey, thank puteri yang selalu layan aku setiap masa. Seronok ada kawan yang satu kepala macam dia.

P/s: Kena bergegas ke MSMW untuk blogger conference. Untuk tahun ni, baru first time merasa jadi Ambassador visit Malaysia 2014. Lepas ni kena schedule masa balik untuk blogging macam dulu. Pssst, baru timbang berat, tadi dah pun mencecah 50kg. Alhamdulillah semakin kurus! yahuuuuuuuuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });