0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

ax

Masuk kali ni dah kali kedua aku up entri pasal jam tangan. Setahun lepas, aku pernah buat entri jam tangan AX hasil duit arwah ayah.  Salah satu barang berharga yang tersangat disayangi. Bab jam tangan ni aku agak cerewet sebabnya kalau barang yang aku suka biasanya aku akan pakai lama dan payah nak berganti. Setahun lebih baru hari ni terbuka hati untuk beli yang baru. Haaa yang putih tu tadi aku berebut kat kedai jam sebabnya dah last stok. Sanggup weyhh aku berebut janji dapat! Nak harapkan orang kasik hah bermimpi di siang hari jek la. haha.

ax2

AX ni antara koleksi yang boleh buat aku pitam. Masuk kedai ikutkan sekadar nak cuci mata tapi aduhh berkenan pulak dengan design baru AX kali ni. Memandangkan hampir sebulan aku running PenMerah Shoppe, jadi tadi aku buat keputusan untuk guna keuntungan penjualan di PenMerah Shoppe untuk beli jam tangan putih tuh haa. Material AX ni memang lain dari jam tangan biasa. Silver AX aku akhirnya ada pasangan. Yeayy!!!

ax3

Pejam celik perghhh dah dekat sebulan rupanya aku berniaga secara online. Satu keputusan yang boleh dikatakan dibuat tanpa berfikir panjang memandangkan peluang jarang datang bergolek. Tengok pada keuntungan alhamdulillah ada jugak rezeki kat situ tapi usaha yang dicurahkan tu rasanya tak mampu nak digambarkan dengan kata – kata. Hanya partner aku jek yang faham sebab hari – hari kitaorang berkejar menggila ke sana sini untuk majukan bisnes masing – masing.

Disebabkan online shop baru ni jugak, ramai kawan yang seakan terasa disebabkan masa yang sangat terhad. Setiap keputusan yang dibuat pastinya akan ada hati yang terasa dibelakang tapi aku tak mampu puaskan hati semua orang. Selama sebulan ni, hanya 2 jam masa untuk aku tidur dan berkejar sana sini sampai ke pagi. Menggila jugak sampai waktu breakfast aku bukan 7 pagi tapi 7 petang. Wallawehhh! Tapi kurusnyaa idokkk! haha.  Permulaan yang sangat memenatkan tapi aku harapkan usaha yang aku curahkan untuk kali kedua ni berbaloi.

Dulu aku aim untuk benda lain tapi hari ini aku redha. Terima dengan terbuka hati mungkin rezeki aku kat tempat lain. Ikutkan agak sukar nak terima kenyataan sedangkan aku berusaha selama 2 tahun untuk menjadi antara blogger yang berjaya tapi.. Harapan hanya sekadar impian. Kecewa. Sedih. Hanya Dia yang tahu.

Apa pun, rezeki aku masih ada dengan dunia online. Aku tak pernah give up sebab give up tu sangatlah tak sinonim dengan diri aku. Motivated! Kuat berusaha walaupun tahu jalan terakhir mungkin bukan milik aku tapi akan ada pelangi selepas hujan ye dop? Alhamdulillah sehingga hari ni, aku masih mampu berdiri dengan jenama Penmerah dan sangat berterima kasih pada team PenMerah yang sangat supportive terutama admin aku yang sentiasa support 24jam walaupun aku nih sangatlah payah nak membalas mesej. Haha! Tanpa sokongan korang, mesti aku tak mampu nak buat semua kerja dalam 1 masa.

P/s: Facebook aku dah kena block memandangkan Mark Zuckernberg cakap aku guna Fake Name. Buat id baru 4 hari pun masih kena block jugak jadi kepada korang yang tak dapat kontek aku tu harap maklumlah ye. Aku tak on facebook dalam masa terdekat nih. TQ pada partner aku Puteri dan Nisa Kay yang sangat supportive. Aku sentiasa jadikan kata – kata Johny Deep ni sebagai semangat untuk aku rajinkan diri bila penat tahap gaban;

 “Just keep moving forward and don’t give a shit about what anybody thinks. Do what you have to do, for you.”

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });