0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Mood bersedih sebenarnya. Hari ini 17 Jun 2012 merupakan Hari Bapa dan genap 5 tahun arwah ayah meninggal. Hurmm hanya Allah yang tahu betapa sedihnya melalui hari – hari suram tanpa kasih seorang bapa. Kalau dulu, aku rimas melihat dia setiap masa tapi 5 tahun ni mengajar aku erti rindu.

Kalau dulu, aku sentiasa rasa kalau takde ayah aku masih ada ibu tapi hilangnya insan tersayang baru terasa peritnya di hati. And yeah, aku paling rindu untuk melihat dia di sisi. Bertambah sedih apabila fanpages kesayangan aku dihack oleh sekumpulan hacker yang kejarkan duit. Terasa jugak apabila sesetengah kawan mengatakan aku mengejar duit yang ditawarkan sedangkan apa yang terjadi bermula dengan salah faham. Takpe, kawan bila susah memang ramai mengata. Redha.

Fanpages Wey Langau! betul punye pailang nampak!! ni aku beli dengan duit pusaka arwah ayah dengan harga yang aku rasa orang tak terfikir pun sebanyak tu. Setiap hari. Setiap malam aku usahakan naikkan liker rasanya kucing aku pun aku tak jaga seperti fanpages ni. Semudah meludah air liur semuanya dirampas tanpa simpati. Berat mata memandang berat lagi usaha yang dicurahkan. Mungkin dorang ni selesa makan hasil titik peluh orang lain. Bahagia mungkin makan duit orang lain.

Apa pun, untuk hacker yang curi fanpages saya ni, saya doakan korang kenyangla ye makan harta pusaka yang tak diredhai. Hanya Allah yang mampu memberi hadiah untuk korang semua. Untuk arwah ayah, hanya mampu aku sedekahkan Al Fatihah. Selamat hari Bapa. Semoga tenang di sana. Amin.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });