0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Entri agak lama aku simpan memandangkan terlalu banyak event sebulan ni. Baidewey, sebelum ni aku pernah up dah sikit stories pasal kawasaki masa menang JAKET masa pergi ke pelancaran Kawasaki MX World pertama di Malaysia oleh CBK Motor Sports Sdn. Bhd iaitu kedai yang menjadi pengedar rasmi bagi Kawasaki MX.

Perasmian kedai Motorcross Centre CBK Motor sports dihadiri ramai terutama pemilik motor kawasaki sport selain media turut sama memeriahkan majlis pelancaran pembukaan kedai baru ni.

 Perasmian bermula..

Kedai Motorcross Centre CBK Motor sports ini mempunyai 5 tingkat mendapat tajaan daripada Kawasaki Malaysia. Dari pusat servis sehingga spare part semua ada. Perasmian bermula dengan pertukaran cenderamata antara CBK dan Kawasaki.

 Selain perasmian tu ada jugak demo motorcross kat depan kedai. Macam best jek kalau dapat bawak motor besar macam ni.

 Dalam kedai ni penuh dengan pelbagai aksesori untuk motorcross.

 Dengan kerjasama antara CBK Motorsport dengan Kawasaki rasanya sukan permotoran motorcross ini akan lebih dikenali dan diminati oleh golongan muda kat luar sana. Yela, kalau dulu mat motor asyik nak merempit tak tentu pasal jek tapi mana tahu trend terbaru nanti semua nak berlumba guna motorcross? Haaaaa kan bagus takde lagi dah rempit kat tengah jalan.

 Helmet kat sini banyak pilihan ada yang buat aku rambang mata. Kalau dulu time ada motor suka jugak layan helmet yang nampak ala – ala ganas sikit. Konon nak nampak hebatla kan padahal bawak motor modenas jek pun. Berlagak jek lebih. Kahkahkah!

Ekceli bukan aku sorang jek yang ada tapi ramai lagi blogger hadir untuk meriahkan pelancaran kedai CBK Motorsport ni. Memang best dan havoc terutama dengan bunyi motor Kawasaki KX yang banyak gila. Apa pun, terima kasih bro framestone yang sudi menjemput. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk, servis ataupun spare part yang murah, boleh pergi ke alamat bawah ni ye;

 


Alamat CBK Motor Sport Sdn Bhd

373, Batu 2.5
Jalan Ipoh
51100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-4042 8555
No. Fax: 03-4042 2985
Alamat e-mail: cbkmotor@gmail.com
Laman web: http://cbkmotorsport.com/

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });