0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Alhamdulillah minggu ni kerja aku pergi mencuba produk kecantikan jek dan paling best dapat menghadiri kelas kecantikan Mary Kay. Satu nama produk kecantikan yang memang tak diragui lagi. Sebelum ni aku dengar jek tapi dapat pergi rasa sendiri produk dia memang peluang yang takkan dilepaskan. 

Sebelum ni aku kerapkali abaikan bab penjagaan muka sehinggalah kenal budak suka menaip. Dari situ mula timbul rasa nak menjaga muka. Tak cantik takpe tapi paling malas sangat pun biarlah muka tu bersih ye dak. Kelas bermula dengan isi borang untuk tahu tahap kulit kita samada kering, normal atau berminyak.

Aku ingatkan isi borang cuma untuk tahu kesihatan kulit jek tapi rupanya Kak Zunita nak sesuaikan dengan produk mengikut jenis kulit. Dah isi memang kompem muka aku kategori berminyak. Wuwuwuu.

Sebelum teruskan dengan sesi pengenalan produk penjagaan muka dari Mary Kay, mula sekali kitaorang kena cuci tangan dulu dengan produk hand softener. Time awal tu aku acuh tak acuh ingatkan macam hand soap tapi lepas tengok betul – betul fungsi dia kat botol  baru macam eksited sikit. Tapi bila dah taruk kat tangan, gosok lepas tu basuh dengan air kesan dia perghhhhh tangan aku lembut macam baby.

 

Lembut dia memang sangat ketara berbanding tangan sebelah lagi. Lebih lembut dari pakai lotion dan time tu baru tahu rupanya hand softener dan Satin Smoothie Hand Scrub banyak dibeli oleh pengantin baru. Walla! Lepas ni nak kawen WAJIB BELI meyhh! Weeeeee.

Meja time kelas kecantikan bermula. Siap ada towel kecik untuk kepala dengan borang untuk diisi ye!

Setiap sorang menggunakan produk Mary Kay ikut jenis kulit. Siezuka dengan Nisa Kay punya kulit type sama kira normal cuma aku jek berminyak. Produk pertama yang kitaorang try 3-1 cleanse kiranya membersih dan menyingkirkan kotoran selain memberikan kulit korang lebih lembut. Time aku cuba tu memang terus nampak efek dia kiranya kotoran halus dan kulit  mati memang melekat kat tisu lembap masa aku cuci muka. Jarang tau aku jumpa pencuci muka macam nih.

Jangan pandang rendah dengan kelas kecantikan tambah pulak dengan aku yang memang buta bab kecantikan. Masa ni la baru tahu rupanya nak guna tisu muka kena guna 3 jari terakhir. Sebabnya untuk mengelakkan tekanan kat muka. Eh betul ker ayat aku ni? Betulkan kalau salah ye.

Selepas guna pencuci muka, kitaorang try pulak produk Hydrate yang mana dia seimbangkan kulit kita dan kitaorang terus proceed dengan toner. Korang mesti dah tahu fungsi tonerkan iaitu menanggalkan sisa kotoran dari kulit dengan lembut. Semua digunakan ikut step takde jalan pintas ye!

Dah settle guna 3 produk tadi, last sekali guna masker. Seminggu gunalah dua kali kira nasihat dari kak Zunita. Nak tengok kesan dia berbeza atau tak, kitaorang pakai masker sebelah muka jek. Seronok pulak aku rasa masuk kelas kecantikan ni banyak info baru aku gali wooaahhh. Kahkahkah!

Haaaaaa semua pakai masker cuma bezanya aku punya masker untuk kulit berminyak. Paling tak tahannya masa pakai masker ni dorang berdua sembang tak berhenti sedangkan aku payah benor nak bercakap. Kulit muka kemain tegang nak gelak pun aku kaver diam jek. Rupanya masker untuk kulit berminyak ni efek dia lain sikit kira dia tegang sikit untuk tarik minyak kat muka kita keluar. Patutlaaaaaaahhh dorang sembang kencang. Cisdel betoi!

Dah habis guna produk, time ni baru aku belek muka tengok perbezaan. Sebenarnya lebih nampak kesan dia dengan rasa kelembutan kat kulit muka. Aku tak nafikan lepas pakai kesemua produk ni, sampai ke malam kulit muka sebelah kiri lembut semacam. Seronok jek nak belai selalu. Kahkahkah!

Dah habis try skin care, kitaorang masuk pulak kelas mekap-mekap kegemaran Nisa Kay. Bab mekap ni aku takdelah fanatik kira noob lagik. Banyak benda kena belajar. Sekali lagi lepas event body shop, muka aku kena touch up sikit dengan dorang. Haaa semakin banyak ilmu aku dapat.

Alat mekap Mary Kay ni sebenarnya lagik best dari yang aku guna sekarang. Masa aku try foundation Mary Kay nampak kulit muka sekata kiranya guna sikit pun dah boleh rata kat muka. Eye liner pun boleh tahan best! Aku ni makin lama dah semakin addicted dengan barangan mekap.

Abaikan rambut aku yang tak berapa nak menjadi sebab lama sangat aku guna towel kepala. Sikat pulak takde haaa sudahnya guna pen jek untuk luruskan rambut. Kahkahkah!

Dari kiri, Nisa Kay, Kak Zunita dan Siezuka.

P/s: Thanx nuffnang dan Mary Kay untuk kelas kecantikan yang superb ni. Memang banyak membantu menambah ilmu plussss aku dah eksited nak bertukar kepada produk Mary Kay. Sebelum ni aku guna Christian Dior tapi lepas sesi bersama Mary Kay Skin Care, aku takde rasa ragu dah untuk pilih Mary Kay.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });