0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Minggu lepas dengan terharunya aku dapat pergi ke Majlis  Kesyukuran & Gong Xi Fa Cai MIG kat Hotel Sunway& Spa, Subang Jaya. Pertama kali dijemput oleh Metrowealth (MIG) terasa macam dihargai sangat woaaah. Aku ni kan blogger tak femes tapi alhamdulillah mungkin rezeki terpijak orang kata so first of all, terima kasih banyak kepada pihak MIG. Rasa terharu tak hilang lagi sampai hari ni sebab MIG banyak bagi peluang  dan ruang terutama untuk aku review movie dorang dan secara tak langsung boleh dekatkan diri dengan artis femessss. Ceceeeee terasa sedikit eksited di situuu ye! Kahkahkah!

Tahun 2011 ternyata menjadi tahun yang paling gemilang buat Metrowealth (MIG) sebabnya menyumbang sebanyak 22.2% (RM24 juta) daripada jumlah kutipan kasar filem Malaysia iaitu RM108 juta. Fuhhh untung besar woaaahh. Tapi siapa tak kenal dengan Mejar David Teo yang pemurah dengan setiap rezeki yang dia dapat mesti akan dikongsi bersama. Haaa kalaulaa aku dapat bos pemurah macam ni, konpem senyum aje kan? Ecehhhhh berangan lebih nihhh. Wuwuwuuu.

Antara artis yang datang di majlis  Kesyukuran & Gong Xi Fa Cai MIG Shaheizy Sam, Farid Kamil,Pierre Andre,Yana Samsuddin, Mia Sara Nasuha, Along Cham, Fizo Omar dan ramai lagi. Tahun ni saja, 19 buah filem dari MIG bakal ditayangkan antaranya  “Adnan Sempit 2”, “Taikun”, “7 Petala Cinta”, “3 Temu Janji”, “Saya Amat Mencintaimu” dan 8 jam. Terbaik woaaahhh.

Part yang paling best bila aku dapat tengok Yana Samsudin perform live on stage menyanyi lagu CNY versi melayu. Tak sangka dia pandai nyanyi sampai aku terlupa nak record buat kenangan. Muahahaaa.

Makanan yang dihidang sebenarnya banyak dan sedap tapi aku asyik lupa nak snap sebab sibuk amek gambar sana sini. Sempat jugak aku snap gambar rojak buah. Burrrppp kenyangggg meyhhh. Buruknya bunyi sendawa. Wuwuwuuu.

Well, the best part is aku dapat ANGPOW dari David Teo!! Tak terfikir pulak datang sini nak dapat duit raya tapi tu laa rezeki terpijak katakan. Ecehhhhhh kemain hapi! Dah tua bangka macam ni pun masih boleh dapat angpowww hui tak sangka betol! Muahahaaa.

Errr peaceee yoowww! Akhir bulan ni, Filem Chantek lakonan Pierre Andre bakal muncul tau. Filem ni sebuah romantik komedi yang  akan buat korang gelak dan tak bosan so lepas ni haruslah kena penuhkan wayang sekali lagi. Tapi bestnya buat peminat Pierre Andre sebabnya dalam Filem Chantek, korang boleh tengok dia menyanyi. Mesti sweet bila dia menyanyi.

Lepas makan, aktiviti fevret aku ni haaa ambik gambar artis bagi korang cuci mata. Rajinkan aku! Iskkk perasan lagik. Artis first yang buat mata aku lip lap lip lap kat majlis tu semestinya Yana Samsudin sebab baju dia gila ahhh cantik. Sangat adorable dan sweet. Nak tengok gambar selebihnya ada kat entri sebelum ni. Comelkan dia? Shaheizy Sam pulak berbaju putih tapi aku nampak dia macam gelap sikit daripada biasa. Ecehhh pandai pulak nak bagi komen. Muahahaaaa.

The sweetest everr adik Mia Sara Nasuha.

Ehhh Diana Amir pun ada tau! Aku rasa dia semakin cantik bila bertudung nampak keayuan tu lebih terserlah.

Farid Kamil yang menjawab gosip dia bakal berkahwin dengan Diana Danielle.

Haaa ini dia Hero Filem Sumpahan Kum Kum  Fezrul Khan. Aku rasa filem ni mesti meletup harap – harap boleh kalahkan kutipan filem khurafat.

Ehhh menang cabutan bertuah? Bukan aku tapi partner sicantiksiezuka yang menang. Selalunya kalau cabutan bertuah ni aku takkan pernah bertuah. Mimpi di siang hari laa kaw! Baidewey, tahniah beb sebab menang toaster dari MIG nanti nak masak ayam seekor tu, jangan lupa jemput aku tau. Muahahaaaa.

 

 

P/s: Bulan februari ni MIG akan keluarkan dua filem iaitu Adnan Sempit 2 dan jugak Filem Hantu dalam Botol Kicap. Bila aku tengok trailer kedua filem ni macam best so korang yang tak tahu nak tengok filem apa nanti, pergi laa penuhkan panggung ye! Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Wuwuuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });