0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Konsert Avril Lavigne Black Tour by Tunetalk dipenuhi 14 000 Fans

Salam.

Minat Avril Lavigne? Yes, akhirnya aku dapat jugak  pergi ker konsert Blacktour Avril Lavigne live di stadium merdeka. Kali ni Avril Lavigne datang ke Malaysia untuk siri jelajah yang terakhir sejak April tahun lalu yang dipersembahkan oleh Tunetalk dan dibawakan khas oleh Js Concert Production.  

Lebih kurang 14, 000 peminat membanjiri stadium merdeka semata – mata nak tengok dan dengar lagu Avril Lavigne secara live. Dari petang dorang sanggup beratur panjang sehingga malam berdiri tanpa penat.

Lagu Black Star dan What the Hell kiranya lagu pertama sebagai lagu pemanas badan sebelum diteruskan dengan When You’re Gone, Wish You Were Here, Girlfriend, My Happy Ending, Smile dan I’m With You. Paling aku suka bila dengar lagu  When You’re Gone dan Wish You Were Here kalau boleh nak minta dia repeat berkali – kali. Walaupun tak sepenuhnya suara dia macam biasa dengar tapi still aku rasa best sampai boleh terdiam sepanjang dengar lagu tuh. Penuh perasaan katakan. Isk!

Sedar tak sedar, 17 lagu Avril Lavigne dah nyanyi tapi aku rasa macam kejap jer? Lagu lain yang turut dinyanyikan  I always get what I wantAlineHe wasn’tUnwanted/ Musical PieceEncore and I love You,skater boy, Airplanes/My Happy Ending dan lagu penutup adalah complicated.

Konsert kali ni aku dapat Media Passes dan Million thanks buat Tunetalk sebab sudi bagi tiket free untuk aku. Terharu gila! Balik rumah pun tersenyum sampai ke pagi sebab dapat dengar Live wooahhh suara Avril Lavigne. Bukan senang nak pergi konsert macam nih.

Sebelum Avril Lavigne buat persembahan, kitaorang makan dan minum dulu kat tempat media sesambil layan DJ yang buat persembahan sementara tunggu Avril keluar on stage.

Ziera dan Afif si mulut langsi. Suka gila dengan gambar dorang ni macam sweet pun ada. Dalam gambar nampak sweet tapi kat depan bila gaduh fuhhh terkedu aku tengok dorang punya gaduh. Dasat! Kahkahkah!

Warghhhh kupu kupu kecik pun ada? Oh yeahhh! Adik Yuyu Zulaikha turut datang meriahkan konsert Avril malam tuh. First time jumpa dia nasibla dia kenal kalau tak, mana nak letak muka nih. Kahkahkah!

Dah habis konsert, sempat laa jugak aku beli T Shirt sebagai kenangan. Overall, konsert Avril Lavigne malam tadi memang best sangat walaupun hujan dari petang. Sejam setengah aku rasa macam sekejap sangat kalau boleh nak request biar dia menyanyi semua lagu dalam kesemua album. Tamak betul! kahkahkah!

P/s: Abaikan kualiti gambar yang tak seberapa nak menarik sebab aku snap guna blackberry aje. Apa pun, TQ buat Tunetalk sebab bagi invites kali ni. Lain kali invites laa lagi! Wuwuwuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });