0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Hari kedua aku kat Korea, kali ni aku dibawa ke Namsangol Hanok Village. Kat sini ada 5 buah rumah bergerak tapi aku tak sempat nak tengok sebab kekangan masa. Jadual agak pack dengan perjalanan yang jauh jadi aku sempat snap beberapa gambar disekitar Hanok Village.

Musim yang aku datang ni dah masuk musim luruh, suhu pun dalam 10′ celcius so sekejap rasa panas sekejap rasa sejuk memang kena pada masanya untuk bercuti. Daun-daun pokok pun dah mula bertukar warna.

 Lepas berjalan sekitar Hanok Village, aku pergi ke N Seoul Tower. Alaaa tempat yang ada menara plusss love pad. Haaa korang pernah tengok awan dania tak? Dulu aku pernah tengok time tu dorang beli mangga dan kunci cinta kat situ. Tapi sebelum masuk kat Love Pad tu, aku merayau dulu di sekitar Muzium Teddy Bear.

Nama teddy bear di ambil sempena nama presiden  Amerika ke-26 iaitu Theodore Teddy Roosevelt. Teddy bear yang ada ni bukan sekadar untuk tatapan orang awam  disusun mengikut kronologi peredaran zaman sejarah serta kebudayaan kat negara Korea tuh. Teddy bear paling mahal berharga 220 juta won hasil rekaan Louis Vuitton.

Sebut korea mesti teringat Runningman tapi kalau korang perasan dalam episod 53, misi dorang kena carik teddy bear yang dikehendaki. Kalau nak tahu, muzium teddy bear dibuka pada 24 April 2001. Dah lama sangat tapi dalam muzium ni semua nampak baru.

Teddies are featured as the main characters of historical events of the 20th century as well as in teddy bear fashion shows, teddy bear wedding ceremonies, etc. For those of you who have watched korean drama titled “Princess Hours” or “Goong”, there’s a showcase showing teddies that featured in that drama.

*please visit this site for further information at www.teddybearmuseum.co.kr

love pad

Lepas keluar dari Muzium Teddy Bear, korang akan perasan sebelah kiri tu ada banyak mangga CINTA yang berkunci di setiap pagar sepanjang macam jambatan.

Dulu, aku pernah tengok benda ni dalam drama Awan Dania tapi tak sangka pulak berpeluang tengok sendiri depan mata. Memang penuh mangga sekeliling pagar plus ada jugak bentuk pokok krismas tapi dipenuhi dengan mangga atau nama glamornya LOVE PADLOCK. North Seoul Tower, Korea.

Dah habis melawat N Seoul Tower, kitaorang bergegas menuju ke Train untuk meneruskan perjalanan ke Jeongdongjin. Kalau korang nak tau, Jeongdongjin ini merupakan tempat yang seringkali dipilih untuk melakukan pengambaran sesebuah drama korea. Tapi gambar burung ni belum lagi sampai sana cuma tempat masa nak naik tren ternampak banyak burung jinak yang makan kat padang luas. Saja jela main-main dengan dorang konon feeling duduk obersea katanya? Lol.

Masa nak naik tren tu, mata aku terpandang kat mesin yang menjual minuman bergas tapi kali ni lagi canggih. Siap ada tuala wanita! Memang sangat memahami jiwa wanita terutama kalau emergency takde nak meredah kedai jauh- jauh. Kan?

Sebelum naik train, tourist guide aku dah booking pizza awal-awal takut kitaorang lapar. Helen sangat memahami kitaorang dan sangat-sangat berterima kasih sebab setiap kali nak makan, dia jaga sensitiviti kitaorang yang tak boleh makan makanan yang tak halal. Setiap kali nak makan, dia akan cuba sebaik mungkin cari kedai makanan seafood takpun akan order ikan untuk kitaorang berdua.

Masuk jek waktu makan, dia cari dulu kedai untuk kitaorang lepas tu baru proceed makan kat kedai untuk yang bukan muslim. TQ Helen sebab layan kitaorang yang kadangkala aku rasa memenatkan dia.

 Waktu dalam train, melantak pizza kemain tapi seafood pizza kat korea memang terbaik! Makan sekeping tu dah kenyang perut. Memang best makan sambil tengok pemandangan kat luar yang cantik.

Inilah dia Helen yang merangkap tourist guide yang sangat stylo. Sekali pandang, mata aku asyik tengok kat kasut dia. Stylo habis! Dari hari pertama sampai hari last mesti mulut aku asyik tanya nak beli kasut kat mana. Nasiblaaa dia melayan siap ajar aku shopping kasut! Takdelah aku balik dengan tangan kosong. haha!

 Pemandang dari dalam train ke Jeongdongjin!

Yeaaaaaaaaaaaaaay! Dah sampai bebeh! Suhu boleh tahan sejuk bawah 10′ celcius tapi takdelah sesejuk musim winter. Mampu lagi nak berjalan cuma hidung aku time ni dah mula berair sebab kesejukan.

 Kalau korang google, korang akan tahu Jeongdongjin ni merupakan tempat romantik dan femes untuk shooting drama. Kebetulan masa aku sampai, matahari dah nak jatuh jadi sempatlah feel suasana yang romantik tu. Boleh tengok dengan dekat, laut yang diterangi cahaya.

Amacam? Romantik kan? Bayangkan aku tercegat berdiri sambil menghayati suasana yang sangat best! Tapi lagi best kalau bawak orang tersayang. Mih mih mih. detail berita

Hotel berbentuk kapal ini sangat femes kat Korea Selatan. Walaupun cuma mampu tengok dari dekat tapi aku dah sangat berpuas hati! Memang ohsem gila kot!

Waktu dinner kat tepi pantai! Dengan suhu yang sejuk, angin pulak yang kuat memang menggigil jugaklaaaa. Nasib dapat makan seafood time panas-panas. Memang terbaik!

Yang warna putih tu sotong yang dipotong tapi masih hidup. Aku? Cuma mampu telan air liur sambil tengok rayyan kunyah macam gula-gula getah. Bab makan ni memang cerewet nak mati walaupun fresh dari ladang! Sebelah sotong putih tu pulak, cacing yang dibersihkan dan belum dimasak tapi dorang makan selamba jek.Tak sangka, Rayyan mampu makan cacing tu tanpa perlu panaskan dulu. Hebat gila! haha!

 6 orang dari 3 negara yang berlainan dikumpul dalam program Asian On air.

 Time ni dah nak balik ke hotel dari Jeongdongjin. Kitaorang bermalam di Gyeongpo Beach kiranya hotel tepi pantai. Sepanjang dua hari kat sini, memang 100% kena speaking walaupun english aku kelaut tapi belasah jek janji dorang faham. Sepanjang perjalanan ke Jeongdongjin, pemandangan dia memang superb!

Tak sia-sia naik train selama 5 jam. Kalau korang datang Korea, pastikan singgah kat Jeongdongjin terutama tempat kapal berbentuk hotel. ;’)

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });