0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waaachaaa.

Hoh awal – awal aku dah tempek muka aku kat atas sekali. Sila muntah semua. muahahahaha. Petang tadi, aku terasa nak melepak kat midvalley tengok muvie jadi menapak kat sana ternampak pulak Kuala Lumpur Photography Festival memang kena dengan minat aku suka ambik gambar. Terus kaki aku berjalan laju – laju tak sabar punya pasal nak tengok kamera best – best.

 

 

Lagipun sekarang ini, aku tengah usha DSLR jadi memang ngam sangatlah ada festival time aku tengah mencari body baru. Dalam kepala hotak, aku dah set awal – awal nak cari canon 7D EOS. Kawan aku cakap, alang – alang nak angkat baik ambik yang profesional terus baru syok woahhhh! Duit pun mengalir macam air. muahahahaahaa.

Dah nama festival, semua jenis gambar ada kat sini. Tapi lama jugak aku menilik kat kamera lomo. Tau apa kebenda kamera lomo? Alaaa kamera yang guna negatif tu tapi orang malas macam aku, memang rugi laa kalau beli. Nak beli negatif, nak pergi cuci, aku rasa sudahnya jadi pekasam dalam rumah. huhu!

Dah masuk dalam ini baru aku tahu rupanya ada banyak kamera yang cun lagi seksi. Hamek ko, siap ada bunga – bunga lagi kat tepi macam hantaran kahwin pun ado. Tapi kan.. Aku lagi berkenan dengan nikon 3100 yang terbaru punya ada kaler merah hitam kat body. First time aku tengok kamera jenama aku punya tapi kaler yang lebih stylo. Aduyai jeles tak terkata tadi! Muahahahaaa.

Datang sini memang berbaloi, semua kamera boleh test, boleh tanya macam – macam soalan dan paling best, semua gadget pasal kamera memang cukup lengkap cumanya kena rajin ronda kat dalam ini dengan manusia yang penuh sesak. Sanggup ko? haha.

Nampak? Ramaikan manusia yang mencari gadget kamera? Boleh dapat murah lagi tuu. Aku sempat beli pendrive berbentuk kamera dengan tali DSLR yang comel. Aku ingat pendrive tu nak jadikan hadiah untuk giveaway tak lama lagi.

Bestnya hari ini, aku terserempak dengan blogger RabiatulAdawiyah. Boleh pulak aku blur padahal dah berkali – kali jugak jumpa sebelum ini. Last masa event nuffnang kat jaya one. Time aku tengah nak snap gambar pendrive kat tangan tu, terasa ada orang tepuk dari belakang. Tapi paling best bila dia cakap ”ehhh, nampak makin kecik” terus kembang jadi mangkuk tingkat. Muahahahahaa.

Aku tau laaa dahulu kalanya badan aku berisi. Ye aku tau sangat tapi korang segan nak cakapkan? haha! Tapi usaha kuruskan badan nampaknya semakin berhasil sekarang ini. Tahniah buat diri sendiri! huhu!

Tapikan, sebenarnya rabiatuladawiyah ini kenal dengan si mejah dulu baru dia ingat aku. haha! Sentap aku. Takpe mejah, aku tau ko femes jadi aku kasi peluang ko jadi retis hari ini. Muahahahaa.

Bila aku tengok ramai duk snap gambar model Nissin, aku pun mencuba sekali. Alaahh kalau tak cuba sekarang, bila lagi nak test? Majoriti yang snap gambar dia pakai kamera dengan lense besar gedabak tapi aku pulak tak bawak lense besor aku tu cuma guna standard lense. Bila aku kedepan, segannya rasa nak sorok muka bawah lantai weh! Sungguhlaa aku tak sedor diri betol! muahahahaa.

Dah penat pusing 3-4 kali, last sekali aku pergi tengok koleksi gambar yang cantik lagi deboom! Banyak woahhhh gambar yang ada. Terpaku aku dibuatnya. Lama aku menatap, menilik kotla dapat tempias sikit, haha. Perason betol! Kagum! Kagum!

P/s: Tadi sempat jugak aku test canon D600 dengan canon 7D. Rasa nak angkat 7D tapi berat pulak body dia. Larat ker aku nak snap gambar dengan body yang besar gedabak tu? Dalam dilema nak membeli yang mana satu.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });