0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Semalam buat pertama kali, aku dijemput oleh Nuffnang untuk menjadi Live Reporter di NPNG Sports Center Damansara Damai untuk Samsung-Chelsea FC Youth Footbal Camp Chelsea Blue Pitch. Waaaaarghhh ambik mood jadi reporter kejap walaupun aku tak pandai sangat speaking english. Kahkahkah!

Seramai 180 peserta berusia antara 9-13 tahun dipilih dari rumah Sayangan berpeluang menyertai 2 jam sesi latihan selama 2 hari berturut – turut yang diuruskan oleh Program Pembangunan Bolasepak Nasional di bawah kelolaan National Sports Council (NSC).

Peserta dilatih oleh 4 orang jurulatih chelsea iaitu David Monk, James Lambdon, Sam Hubert dan juga Chris Woodward.

Selama program ini, mereka diberi klinik latihan oleh jurulatih merangkumi cara menggelecek bola, perlawanan persahabatan, cabaran dan sepakan penalti seperti mana latihan yang diterima oleh Lampard, Terry, Torres dan The Drog.

Setiap pasukan disertai oleh seorang jurulatih dan dapat merasai pengalaman berlatih dengan jurulatih professional. Woaahh tak lama lagi boleh laa ganti Torres kan? Rugi pulak aku rasa tak join sama main bola. Kahkahkah!

Dah dua jam tengok dorang praktis skill masing – masing, sempat jugak akhirnya aku jumpa dengan David Monk. Banyak soalan nak tanya tapi satu pun tak terkeluar dari mulut aku sebabnya first soalan dia ”aku sokong team mana” errr terus aku kaku terdiam sampailaa Andrew jawab dulu ”Manchester United”. Fuhhh selamat kaw! Kahkahkah!

Tapi bukan aku sorang kena interview David Monk sebab ada lagi dua partner yang bersama. Fuhh tak berhenti dorang tanya soalan jadi sempatlah aku rakam serba sedikit kegembiraan kitaorang dapat interview dia.

Sebelum interview David Monk, sempat jugak borak dengan pihak samsung yang sangat berbesar hati bekerjasama dengan Chelsea untuk memberi peluang kepada kanak – kanak di Malaysia untuk menanam minat dalam sukan bola sepak dari akar umbi.

Tahun ini, pihak Chelsea mungkin akan datang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan. Rasa macam tak sabar bila pasukan EPL nak turun sini. Tak dapat bergambar dengan Lampard pun takpe janji dapat jugak berdiri sebelah team Chelsea. Thanx Samsung dan Nuffnang sebab pilih aku untuk jadi reporter hari tu. Pengalaman yang sangat bermakna buat aku sebagai peminat bola sepak.

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });