0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Main Angry Bird Dengan Samsung Smart TV

Salam..

Angry Bird? Haaa siapa tak tahu mainkan? Ekceli aku pun tak pandai nak main sebab dalam kepala alaaa games budak kecik jek tapi.. Datang workshop samsung perghh terus bertukar jadik kanak – kanak ribena. Hikhik

Kali ni bertempat di Best Denki 1 Utama, seawal pagi lagi aku dah menapak dengan muka mengantuk. Haaa eksited kemain nak tengok games Angry Bird.

Angry Bird ni antara games yang boleh korang download dan main menggunakan Smart TV. Apa yang membezakan Angry Bird di telefon dan Tv satunya mesti korang nampak kalau Smart Tv, Skrin gedabak punya besarkan plussss yang ni kita boleh feel lebih. Haa macam mana tuh?

 Nampak simbol tangan? Mesti tak faham sangat haaaa meh aku tunjuk cara nak main dengan feeling lebih.

Tuu dia caranya. Korang cuma main guna tangan wave wave beberapa kali boleh grab sekuat mungkin time nak tarik burung kecik tu lepas tu lepaskan jek genggaman tangan korang tadik. Mesti syok punya!

Tengok gambar ni macam nak bagi penampor kat orang pun ada ye dak? Sebenarnya, bagi aku sendiri bila ada games Angry Bird kat TV bila bosan tuh bolehlaaa main skrin besar pulak memang terbaik!

Selain games, korang boleh instal jugak aplikasi lain contohnya Fitness siap boleh bersenam dengan gambar slide kat sebelah. Amacam? Teruja tak? Tak sangka aku si Yana ni kemain eksited dengan apps fitness sampaikan.. Cer korang teka apa jadik?

Hoh hamek kaw! Dengan aku sekali join buat senaman tapi macam aku dengan Kelly yang lebih- lebih? Amboihhhh eksited naaaaa! Hikhik

Yana dapat angry bird? Haaa masa ni ada games untuk Angry Bird yang mana aku memang tak pandai main. Pemenang dia dapat burung comel bertuah pulak si Yana hari tu. Mesti buat bantal busuk nanti. Heeee.

Pemenang utama dia Vernon Chan dengan hadiah burung warna kuning. Baidewey, mamat nih sekali main jek terus highscores gila ahh mesti dia selalu main Angry Bird kat telefon. Tahniah! Tahniah ye!

Apa yang best Angry Bird ni setelah aku main di Best Dengki Stores?

Pandangan aku, bila ada games ni budak – budak kat rumah mesti behave sikit. Kalau untuk umur macam aku ni yang bagusnya apps Angry bird boleh keluarkan peluh tanpa sedar. Yela, level angry bird banyak wooo tambah pulak seronok mesti leka sampai terlupa nak makan. Haaa kan senang boleh diet? Paling bestnya, bila kita genggam jek tangan, Angry Bird tu akan keluarkan bunyi macam kena penyek lagiklaaa aku rasa seronok nak main. Smart Tv kali nih memang bestlah!

 

P/s: Best jugak main Angry Bird nih kan best kalau TV Samsung Led kat rumah aku nih boleh upgrade. Hukhuk

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas