0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaaa..

Masterchef punya series sebelum ni memang aku tak berapa follow sangat sebabnya aku tak minat masak – masak. Bukan tak minat cuma malas sebab aku ni single mingle duduk rumah sorang jadi santapan aku semuanya kat kedai. Eceh padahal malas. Macam rugi aje bila masak untuk anak tekak aku sorang? Wuwuwuuu.

Tapi jangan tak tau walaupun aku sedang berdiet yang dah tak berapa nak diet sangat, bab makan – makan aku susah nak menolak. Bila dapat invitation ni, terus aku say yessss sebab dalam kepala mesti makanan sodap. Lagipun, event astro selalu tak mengecewakan aku  rugi woaahhhh kalau tak datang. Tempat untuk santapan final masterchef ni kat Encorp Strand, Kota Damansara kiranya dalam 10 minit aje dari rumah aku. Dekat aje cuma jalan kaki dalam 5 jam sampai la. Muahahahaaa.

Pertarungan antara Wahidan dan juga Ezani Farhana. Sememangnya sengit, hadiah pun lumayan iaitu Rm100,000. Kayo makkkk!

Juara Masterchef musim pertama, Ezani Farhana yang baru saja berusia 26 tahun dan juga doktor gigi. Kena ambik tempias ni mana tahu boleh cuba untuk masterchef musim kedua? Ecehhh, perasan aje kan? Muahahahaaa.

Event astro ni sebenarnya, aku plan nak pergi sorang aje sebab takde geng. Tapi kebetulan pulak Myra datang lepak rumah aku hujung minggu hari tu, aku bawak aje laa dia pergi sekali. Macih myra sebab sudi temankan akak. :P

Aie batman, aku dan bro framestone. Macam ada bakat aje nak masakkan terutama yang pegang kuali tu? Muahahahaaaa.

Amacam? Ada terliur tak? Dah nama santapan masterchef makanan pun mestilah superbkan sampai aku tak tahu, daging blackpepper tu rupanya daging kambing. Ekceli, aku ni alah sikit dengan daging kambing tak kiralah masak sedap macam mana sekalipun tapi kali ni boleh pulak aku makan tanpa rasa hamis? Bila tau aje daging yang aku telan tu daging kambing terus anak tekak terasa kembang semacam. Muka aku terus sememeh dengan dahi berkerut berkali – kali. Nasib ko laaa Timahhhhh! Muahahahaaa.

Comelkan desert kali ni sampai nak makan pun boleh buat aku tak sampai hati. Aku tengok, aku tilik pastu aku pandang aje bila orang lain habiskan satu – satu dari pinggan aku. Punyalah sayang nak makan sampai tengok aje pun dah kenyang. Hebat meyhhh!

Tak lengkap event yang aku pergi kalau takde cenderahati. Aku suka pergi event astro sebab banyak dapat freegift yang best – best. Kali ni, aku dapat mug, t shirt masterchef dengan poket kecik untuk letak barang. Ahhhh aku tak tahu nak letak nama apa kan so korang pandai – pandai la ye imagine sendiri. Muahahahhaaaaa.

 

 

P/s: Mekasih bebanyak kat astro sebab sudi invite aku kali ni. Lain kali invite la lagi since aku fulltime blogger sekarang so banyak laa masa nak pergi event yang ada. :P

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });