0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Makan Aiskrim King’s dapat Bekalan Setahun

Salam

Minggu ni aku dapat rasa aiskrim perisa King’s tau perisa chocolate dan vanila sebijik macam dalam gambar ni. Gile sedappp! Kalau korang nak tahu, King’s melancarkan kempen ‘ice cream Inspirations’ yang memberi inspirasi kepada penggemar aiskrim untuk menikmati aiskrim mereka dengan sedikit kelainan dan lebih menarik.

Baidewey, King’s ada berita baik untuk korang iaitu Peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspiration di mana para peserta berpeluang untuk memenangi bekalan aiskrim selama setahun apabila resepi korang terpilih menjadi resepi inspirasi.

Caranya:

Layari laman web King’s 

Muat naik gambar resepi korang

Hantarkan resepi kreatif menggunakan aiskrim King’s bermula 1 Mac 2014-30 september 2014

Pemenang akan diadili oleh Dato Chef Fazley dan eksekutif F&N Creameries Sdn.Bhd

1.2L King’s boleh didapati di semua pasar raya besar seluruh negara pada harga Rm7.20 sebekas dan sempena kempen ini, dua variasi baru diperkenalkan iaitu King’s 1.2L Carnival variasi Neapolitan yang berjalur nipis vanila, coklat dan strawberi dan juga King’s 1.2L Tic Tac Toe, corak papan dan dengan selangseli perisa coklat dan vanila.

Dengan 9 perisa untuk dipilih, korang bagaikan di dalam penerokaan aiskrim mencari cara terbaru untuk menikmati aiskrim King’s.

Ini haaa perisa Tic Tac Toe yang aku dapat rasa baru ni. Rasa macam choc chip dan ada rasa ala ala cornetto tapi yang ni lagi sedap. Sekali suap mesti nak makan lagi berkali kali.

Masa dapat aiskrim ni, punya tak sabar nak rasa sangat terus berhenti tepi jalan cuba habiskan sebanyak mungkin. Kebetulan pulak waktu panas memang kena pada masanya. Tak sampai setengah jam, dah nak habis satu bekas ni. ;’)

Turn memula kawan aku yang ngap dulu memandangkan aku driving terpaksa laaa bersabar tunggu disuap. Terpaksa telan air liur jugak laaa sementara nak merasa tu. Apalah nasib kan. Tapi apa yang aku boleh kongsi, aiskrim Tic Tac Toe ni memang lain rasa dia maybe sebab versi vanila dan chocolate chip yang halus halus tu buat rasa dia bertambah sedapkan? Tapi kalau korang nak rasa bekalan FREE selama setahun, apalagi jom la join ye!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas