0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam

Baru ni bertempat di HQ Ajinomoto Malaysia, produk terbaru iaitu Tumix Penambah Rasa Kuah diperkenalkan kepada orang ramai. Seawal 9 pagi, semakin ramai yang membanjiri padang Ajinomoto Malaysia Berhad.

AJINOMOTO® (MALAYSIA) BHD memperkenalkan produk baru yang mana membantu meningkatkan kesedapan masakan berlauk, tanpa mengubah keaslian rasa sebenar dengan Penambah Rasa Kuah TUMIX® (TUMIX® Gravy Enhancer), yang juga dikenali sebagai TUMIX® KUAH. Menariknya kerana TUMIX®boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan berkuah.

Selain memperkenalkan produk baru, AJINOMOTO® juga membawa bersama Duta hebat yang dikenali ramai iaitu Adibah Noor sebagai duta TUMIX® Kuah. Sekitar pelancaran Tumix, ada pelbagai permainan dan hadiah yang menarik disediakan kepada pengunjung.

Di antara goodies yang aku dapat semalam dan tak ketinggalan TUMIX® Penambah Rasa Kuah yang mana korang boleh mula dapatkan pada bulan Jun 2014 nanti. Terhasilnya produk baru ini semestinya menjanjikan rasa yang lebih nikmat dan menjimatkan masa untuk memasak selepas ini. Haha!

Pengarah Urusan, AJINOMOTO® Malaysia Ryoichi Ebata bersama Adibah Noor semasa pelancaran produk TUMIX® Penambah Rasa Kuah. Apa yang menarik semalam, paling terhibur dengan video komersial TUMIX® yang menampilkan Adibah Noor dengan pelbagai versi. Sangat unik dan menyelerakan. Buat tak sabar nak rasa sendiri kesedapan TUMIX® Kuah. Phew! 

Pengunjung juga diberi kesempatan bergambar dengan Duta TUMIX® selain menikmati beberapa alunan lagu yang begitu menghiburkan. Memang tepat pilihan AJINOMOTO® menjadikan Adibah Noor sebagai Duta TUMIX® .

Photo: Face painting! Tattoos! That's right. We did not forget that kids want their share of fun too!

Face painting ini antara aktiviti yang menjadi pilihan kanak – kanak semalam.

Peraduan Masak, Rasa & Menang wang tunai sebanyak RM100,000

Baidewey, TUMIX® Kuah ini tengah buat kontes yang menawarkan ganjaran besar yang bernilai Rm100, 000. 00 tau! Bukan sikit tapi kebaboomnya nilai! Macam mana nak sertai?

  1. Dapatkan sampel TUMIX® Kuah secara percuma di http://www.tumixkuah.com.my/#samplerequest . Dah dapat sampel tersebut, korang kena masak hidangan Tumix Kuah yang paling lazat.
  2. Dah siap masak, cuba rasa kesedapan TUMIX® Kuah yang baru dan jangan lupa snap gambar dan sertakan caption dan jugak riak wajah korang yang paling kreatif dan hantarkan ke http://www.tumixkuah.com.my/#hantar.
  3. Dah hantar gambar tadi, jangan lupa untuk simpan salinan paket sampel TUMIX® Kuah sebagai bukti penyertaan ye.

 

Dah penat penat memasak, ambil gambar, mesti korang nak tahu apa hadiahnya bukan?

Hadiah utama

RM100,000

Hadiah Pertama

RM50, 000

Hadiah Kedua

RM20, 0000

Hadiah Saguhati

Baucer perabut RM8000

TV LED Toshiba

Peti Sejuk Toshiba

Mesin Basuh Toshiba

Ketuhar Gelombang Mikro Toshiba

Periuk Nasi Digital Toshiba

Periuk Terma Toshiba

Hadiah Setiap 2 Minggu

RM5000 untuk bilangan likes tertinggi dalam tempoh ditetapkan ( penghantaran online sahaja)

Tempoh Peraduan;

Pertandingan akan berlangsung dari 19 Mei hingga 20 Julai 2014.

 

Selepas habisnya pelancaran TUMIX®, pertama kali dapat masuk ke dalam bangunan AJINOMOTO® yang menerangkan lebih detail macam mana terhasilnya produk ini daripada awal. Sejarah ini bermula dengan rasa, apabila Profesor Kikunae Ikeada dari Universiti Tokyo mengasingkan glutamat daripada rumpai laut dan mendapati ianya mempunyai keupayaan untuk menyerlahkan rasa makanan pada tahun 1908. Satu tahun kemudian, penemuan beliau telah diperkenalkan di pasaran dalam penambah perisa AJI-NO-MOTO® yang bermakna pati citarasa (secara saintifik dinamakan monosodium glutamate (MSG).

Produk dalam gambar tu merupakan produk AJINOMOTO® yang dipasarkan di seluruh negara sehingga kini. Penambah perisa AJI-NO-MOTO® merupakan bahan wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia dan tak lengkap kalau takde AJI-NO-MOTO® kan?

Agak kagum apabila Nampak sijil halal telahpun diperolehi sejak tahun 1965 lagi kiranya JAKIM belum ada lagi time tu tapi produk ini telahpun diiktiraf. Memang takde keraguan lagi dengan produk AJINOMOTO®.

Dalam setiap pengeluaran makanan, paling penting sekali bagi pengguna adalah jaminan kualiti. Bila nampak setiap satu sijil ini, memang betul apa yang aku dengar selama ini, AJINOMOTO® sangat menitikberatkan setiap produk yang dikeluarkan dalam memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Layan dulu video terbaik dan penuh makna dari Duta terbaru;

Maklumat lanjut, layari;

www.tumixkuah.com.my,
www.facebook.com/tumixmalaysia,
www.youtube.com/tumixmalaysia

P/s: Jangan lupa saksikan 5 video yang menampilkan Adibah Noor nanti!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });