0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Baca entri sambil on mood dengar lagu Seloka Hari Raya dari ”Hail Amir & Uji Rashid”

Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra

s4

Waahh raya dah tak lama! Kali ni aku nak berkongsi dengan korang persediaan raya yang bakal menjelang tiba nanti. Eksited woahhh. Eceh! Diam tak diam lagik 2 minggu jek kita nak beraya dan masa inilah jadual harian aku dah mula penuh. Bila nak raya ni, apa aktiviti yang selalu korang buat ehh? Kuih raya dah buat? Aku dah! Bukan setakat kuih raya jek tau tapi kalau nak tahu meh baca sampai habis! Hikhik

kp

Apa korang terbayang di mata bila tengok gambar kad raya ketupat yang kitaorang lukis dari Samsung Note ii ni? Mesti akan tersenyum sambil teringat kenangan beraya dengan keluarga masa dulu – dulu kan? Ekceli masa aku muda mudi dulu mesti setiap kali nak sambut raya benda terawal yang aku selalu buat biasanya cari kad raya untuk pos kat kawan-kawan. Pernah takde duit tapi beli kad kosong lepas tu lukis sendiri weyh! Mana mau dapat handmake punya! Haa masuk minggu ketiga berpuasa mesti kawan-kawan telefon rumah bagitau kad raya dah sampai. Tuh belum lagik aku menunggu posmen kat depan rumah punya berharap dorang hantar kad raya jugak. Budak-budak! Tapi seronok!

vd

Ingatkan bila dah besar, kad raya dah basi tapi bila adanya smartphone semua kenangan dulu kembali menghantui. Aktiviti yang dah lama tinggal kembali menjadi femes woahh. Paling best dengan Samsung sebabnya kalau guna Samsung Note II, korang boleh design kad raya sukahati korang plus boleh masukkan video sekali lepas tu send jek kat kawan korang melalui facebook takpun hah guna jek whatsapp! Apa ade hal ye dak? Murah dan tak perlu susah – susah nak pergi pejabat pos. Kekeke!

DSC00029

Ikutkan sekarang ni ramai yang beraya mesti beli jek kuih raya kat pasaraya sebab malas nak masak kan? Raya sebelum ni, aku pun main beli jek tapi tahun ni special sikit sebabnya ada kawan yang rajin memasak jadi terpaksa padamkan niat beli kuih raya kat luar ye! Kata dia, resepi kuih raya berlambak kat internet plus boleh video call jek kalau tak tahu resepi takde susah – susah nak pening kalau kuih raya hangit. bhahaha

DSC00046

Actually, apa yang dia cakap tuh betul sebabnya malam kitaorang main masak-masak, smartphone memang sangat membantu tapi lagi best bila guna Samsung S4 sebab bila dorang hantar gambar resepi takde nak hang ke hape!

sam4

Semua smooth bebeh! Kualiti gambar superb sama macam gambar yang aku snap dari kamera. haha! Gambar atas tu aku snap dari kamera depan Samsung S4 waktu malam. Tu gambar waktu malam belum lagi waktu siang wooahh. Terbaik meyh!

DSC00031

Aktiviti masak-masak bermula >.<

DSC00036

Ehh apa jadi? Ultraman datang menyerangg!!

DSC00037Daripada gambar ni, aku rasa korang boleh nampak betapa hapinya kitaorang main masak-masak dengan tepung menjadi mangsa. Ini antara sebab aku berkongsi dengan korang kenangan raya tahun 2013 bersama bff tersayang kira first time buat kuih bersama yang mana aktiviti main-main yang lebih. Kuih entah ke mana yang muncul tepung sana sini. Siapa kata dah besar pun tak boleh main macam kana-kanak ribena? kekeke!

DSC00035

Beautiful moment of us.

DSC00025

yeayy! Kuih raya dah masak! Biasanya seminggu lebih nak beraya kuih raya ni memang dah ready. Tunggu masa nak kemas rumah dan tukar langsir jek!

langsir 1

Bukan apa, aku ingatkan sebabnya nanti manalah tahu tetiba hujan kan kompem korang beraya tanpa langsir. Mahu menangis rumah nampak kosong jek! Mesti mood beraya kelaut! Haaa korang semua apalagi nanti check langsir tau! haha!

DSC00022

Dalam banyak aktiviti beraya yang aku buat, aktiviti wajib yang tak pernah tinggal adalah pasang pelita kat tepi rumah. Time ada pelita ni laa baru kalut nak cari minyak pelita takpun minyak petrol.

DSC00015

Kemain besarkan balang petrol yang dorang beli. Punya eksited berpesta dengan pelita panjut. Dari gambar ni sebenarnya ada story behind yang korang boleh tengok dalam video kat bawah nanti. Mesti tergelak besar punya! Nasihat aku, jangan pulak lepas guna minyak petrol tu nanti korang letak merata-rata bersama dengan pelita hah boleh terbakar rumah kang!

DSC00017

DSC00079

Hari buat kuih muih raya kat rumah bersama bff ni, sebenarnya aku cuba rakamkan sekali video melalui Samsung S4 sebabnya ramai yang cakap video S4 sangat best dan kurang bunyi noise. Selain gambar yang sememangnya aku tak nafikan sangat terang dan jelas, video yang aku shoot waktu malam memang not bad. Fungsi untuk edit video pun lebih banyak dan korang boleh compilekan setiap kenangan yang korang nak dalam story album. Dengan Samsung, raya tahun ni akan lebih bermakna kerana aku boleh abadikan kenangan buat kuih raya dan pasang pelita sampai terbakar bersama adik dan kawan-kawan dalam 1 video yang hanya diambil dari telefon.

Tengok video kelakar dari kitaorang kat bawah ni;

Kalau guna kamera, korang nak kena transfer, edit dan upload kira banyak kerja nak kena buat tapi dengan telefon Samsung, korang boleh direct edit dan hantar terus ker facebook ataupun mesej. Haaa mesej pon boleh tau! Malah korang boleh send lagi video kenangan tu untuk raya tahun depan dan simpan untuk jangkamasa yang lama.  Haaa amacam? Seronok tak tengok aktiviti aku dengan bff buat kuih raya? Tak semua orang hargai kenangan yang ada tapi bagi aku, setiap satu adalah sangat berharga terutama dengan orang yang tersayang.

Sepatutnya aku nak berkongsi dengan korang tahun beraya sebelumnya kiranya bolehlah korang tengok serba sedkit aktiviti aku setiap kali masa raya tapi apakan daya, laptop aku kena curi awal tahun baru ni dan semuanya hilang bersama pencuri bertauliah tu. Ini antara sebab kenapa aku memilih untuk beraya dengan Samsung S4. Kecil, banyak fungsi untuk edit gambar dan video, ringan dan yang penting Samsung S4 sangat memahami jiwa aku untuk bergaya sakan bila raya nanti. haha!

ry

Baidewey, kalau korang yang suka hadiah FREE apa kata hantarkan gambar bersama keluarga tersayang untuk Samsung Portraits of Raya manalah tahu ada rezeki boleh menang 4 tiket movie bersama combo minuman & popcorn. Ada 100 set untuk dimenangi woo!

First time aku jatuh cinta dengan Samsung S4 masa memula snap gambar dalam kereta menggunakan kamera depan wooahh. Jelas dan terang kan? Aku harap raya tahun ni sangat bermakna lebih – lebih lagi bila ditemani dengan Samsung S4 di sisi.

rr

Untuk kawan-kawan yang mengenali, Selamat Hari Raya daripada kitaorang. Maap Zahir Batin!

DSC00147

Sedondon Secorak Sehati!

DSC00152

Kenangan bersama insan tersayang. :’) Apapun aku nak share iklan Samsung yang sangat touching. Rindu masa dulu-dulu. :”(

Jom tengok iklan raya dari Samsung;

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });