0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

dddDSC00276

Alhamdulillah! Syukur alhamdulillah sekali lagi dapat menang hadiah untuk tahun bertuah ni. Kali ni, aku menang hadiah Grand Prize Rm2k yang mana boleh pilih mana-mana produk milik samsung yang aku suka. Semua ni aku dapat hanya dari menulis blog dan usaha sama dari rakan-rakan tersayang selain follower dari fanpages 1 million PenMerah[dot]com. Gambar atas tu kemenangan sempena raya yang bakal datang dari contest yang dianjurkan oleh Manoah dan Samsung. 

s4 Memori Raya Ku & Samsung (2013)

Seminggu lepas, aku ada share entri memori raya dan samsung yang mana berjaya kutip share & like sebanyak 4.6k dari follower fanpages dalam masa 3 hari. Masa yang singkat selain kena berusaha lebih untuk menang. Pertama kali buat video spontan dan berkali – kali jugak aku view sebabnya dari spontan jadi kelakar. Gelak sensorang bila tengok semula. TQ kepada Putri, Humaira dan Tka yang sanggup berjaga sehingga ke pagi untuk buat video. Aku ni bukan vlogger so nak siapkan 1 video tu bukanlah perkara mudah okeh!

DSC00152 Memori Raya Ku & Samsung (2013)

Paling tak boleh blah sebabnya aku takde gambar raya! Laptop kena curik awal tahun baru ni so apa yang aku buat haa mintak tolong jasa baik family angkat untuk bergambar raya! Nasib baik ada butik SincerelybyUs, hari yang sama sempat kitaorang berposing dengan baju koleksi terbaru! Tak perlu tunggu raya hah dapat posing dulu. TQ Nora. TQ Auntie! TQ Eleny! TQ Zati. u guys ohsemmmmmm! Haha!

Tapi nak dapatkan LIKE sebanyak 4.6k dalam masa 3 hari bukan perkara mudah. Mungkin mudah bagi orang yang tahu guna cara singkat tapi macam aku ni terkedek-kedek dan boleh dikatakan selama 3 hari berjaga sehingga ke pagi dengan admin yang turut sama tak tido, fyza. TQ Fyza sebab tolong aku sampai menang Samsung s4. Tapi paling banyak membantu fanpages 1 million. Lepas menang Rm2k ni baru aku tahu kehebatan 1 million fanpages tu. *pheww~

dddDSC00287

Tapi bukan aku sorang yang menang Grand Prize. Sorang lagi Pemenang bagi Most LIKE & Interesting Blog adalah Shakiddo. Apa yang aku nampak, nak menang ni bukan perkara mudah walaupun orang nampak kita ada kelebihan jadi bila menang kena senyum lebih. Bahahaha!

dddDSC00286

dddDSC00272

30 orang blogger berkumpul dan berbuka puasa bersama di Papparich, Bangsar. First time berbuka puasa boleh order makanan sampai lebam! Dari mula berbuka puasa sehingga keputusan diumumkan barulah aku berhenti makan punya banyak menu kitaorang order.

dddDSC00266

dddDSC00269

Sementara menunggu berbuka puasa dari kiri Deq Nor, Faizal Fredley, Shakiddo, Yana Yassin.

dddDSC00285

Apapun, untuk hadiah bernilai Rm2k ni aku mintak Samsung s4 sebabnya banyak fungsi dia yang belum habis aku explore masa review baru ni. Orang kata Samsung S4 ni antara telefon terbaik dari Samsung. TQ Samsung & Manoah untuk hadiah yang ohsem.

P/s: Tadi aku ada terbaca komen dari kawan – kawan yang cakap badan bertuah sebab asyik dapat hadiah. Baidewey, untuk dapat barang FREE & sponsor bukanlah perkara yang mudah tambah pulak aku bukanlah orang yang pandai bermanis mulut  & bermuka tebal untuk berjaya. Apa yang aku tahu cuma berusaha dengan setiap satu kemampuan yang ada sebabnya satu masa akan sampai rezeki kita untuk dinikmati. Jangan putus asa dan teruskan melangkah walau perit. Selamat Hari Raya! haha!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });