0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Menjaga kebersihan diri mencorakkan keperibadian kita sebenarnya. Kalau kebersihan dalam pun taknak dijaga, dah sahla benda lain pun mesti tak bersihkan? Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi ke Event Kotex Proactive guard yang terbaru kat Solaris Dutamas.

Masa pergi event ni baru aku tahu Faezah Elai dengan Nad Zainal ni merupakan Duta untuk Kotex. Macam Libresse dah sah-sahlah ramai yang tahu dorang punya duta tapi iklan kotex tak menyerlah macam Libresse. Tapi mungkin sebab jenama Kotex dah kukuh dikalangan perempuan kot. Aku pun tak pasti.

Kotex proactive guard terbaru ni aku nampak lebih menarik sebabnya ada tambahan protection kat bahagian atas pad jadi kebocoran lebih terkawal. Takde nak leaking memane kan? Selesa pun ye jugak. Kahkahkah!

Berbanding jenama lain, Kotex merupakan pilihan utama kaum perempuan yang jauh meninggalkan brand lain. Tapi aku sendiri pun sebenarnya guna kotex sedangkan baru ni pergi event libresse. Nak kata corak aku rasa libresse lagi cantik dan mesra pengguna tapi kalau nak compare dari segi leakage, kotex masih menjadi pilihan aku.

Tak lengkap kalau pergi event takde makanan. Kali nih agak best jugak sebab dapat makan chicken sandwich ni. Dahla seharian aku kebuluran tak sempat nak keluar makan dapat jek makanan ni aku tak tengok kiri kanan dah. Terus ngap sepenuh nikmat. Kahkahkah!

Lepas makan, kitaorang diberi belon satu sorang dan kena tulis note kat atas kertas untuk lepaskan ka udara. Tak pernah aku buat benda alah macam ni tapi orang dah suruh buat la jugak kan. Wish aku? Aku cuma harapkan a better life. Waaa dah bagitau sini mesti tak jadi wish dah. Kahkahkah!

Sempat jugak berposing dengan duta kotex. Aku minat gila dengan Faezah Elai. Time nampak dia kat depan mata aku dah terpaku errrghhh tak sangka boleh jumpa dia. Macam hape jek! Tapi yana samsudin tetap di hati. Ecehhh!

Cantikkan belon tu? Tapi nasiblah aku dapat belon kaler biru padahal dalam hati nak yang kaler pink. Eh tetiba kan? Muahahaaaaa. Thanx Ziera Zain and Nisa Kay sebab pergi event ni bersama.

P/s: Ikutkan kepada leakage aku yakin dengan kotex sebab tak pernah mengecewakan tapi kalau dilengkapi dengan mesra bau dan bentuk yang lebih cantik, aku rasa mungkin aku akan setia untuk jangka masa panjang. Apa pandangan korang? Mana yang korang suka?

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });