0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Waachaaa.

Apa kebenda laaa DBAOTD tu kan? Punyalah aku pemalas nak taip panjang – panjang kat tajuk entri. huhu! Minggu ni, aku dapat tiket free dari nuffnang iaitu Dont Be Afraid of The Dark sekali dengan tayangan Shark Night. Cerita hantu memang aku paling takut nak tengok tapi dah dapat aku beranikan diri jugak tapi dalam kepala dah fikir macam – macam jenis hantu yang mungkin buat aku menjerit. Wuwuwuuuu.

Kebetulannya CE pun dapat Shark Night so kitaorang pergi sekali harung. Macih buat nuffnang yang bagi aku tiket free walaupun cerita hantu. Sampai kat midvalley dah petang jadi kitaorang terus cari port nak makan. Hancur diet aku lagi sekali. Wuwuwuuuu.

Kali ni, partner aku besarkan perut siapa lagi kalau bukan Ce dengan Myravea. Tempat pilihan woaahhhhh Restoran Belanga Cafe. Macih korang sudi temankan aku cari costume yang tak berapa nak menjadi Alice sangat. Huhu!

Aku order nasi kerabu ayam percik aje. Rasa dia tak berapa nak best sangat mungkin sebab ayam percik tu ada santan tak kena dengan selera aku yang tengah nak berdiet. Wuwuwuuuuu.

Nasi lemak ni Ce yang order. Tengok ayam dia pun dah buat aku tergoda asyik nak mencubit dua tiga kali dari pinggan Ce. Kijam! Kijam! Muahahaaa.

Fevret aku kalau datang Belanga Cafe tak sah kalau tak order Cucur Udang. Bagi aku, dalam banyak kedai setakat ni Belange Cafe punya cucur udang memang perghhh terbaik. Rangup dan penuh nikmat woaahhhh berbaloi – baloi aku datang kali ni.

Air putih pekat ni bukan air soya bukan jugak air susu. Ce ce  tekaaa? Alahhh air coconut shake aje. Muahahahaaaa.

Dah kenyang perut, terus kitaorang pergi beratur ambik tiket. Terjumpa dengan Mejah dan Ujang dua jejaka hangat yang berlakon jadik single. Single ker? Ramai jugak terserempak dengan blogger cuma aku ni low profile segan meyhhh nak tegur. Muahahaaaa.

Komen aku DBAOTD;

Aku rasa korang yang terasa nak tengok hantu tak payahla tengok sebab bukan cerita hantu tapi lebih kepada thriller dan alien. Hantu takde pun dalam filem ni cuma yang buat takutnya bila waktu nak kena bunuh. Seram meyhhh hampir nak terkencing woaahhhhhh ehhh belum lagi. Muahahahaaa.

Bab bunuh membunuh memang thrill jugak sampaikan banyak kali aku tutup mata walaupun sebelum ni aku takdelah sampai nak menjerit bagai. Kalau korang nak filem aksi yang ganas haaa memang sesuai filem ni untuk korang. Orang kata shark night pun tak best so kesimpulannya lepas ni kena tengok trailer dulu baru masuk wayang.

P/s: Buat Ujang, Mejah dan Jmr, korang jangan lupa Isnin ni ye! Thanx for reading my entri. Wuwuwuuuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });