0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

ms

Misha Omar kini menjadi milik Colourland selepas menandatangi secara rasmi semalam di The Bee, publika. Membawa misi mendekati pengguna menerusi kepelbagaian warna yang ditawarkan, Colourland melangkah dengan berani untuk memahat nama setanding dengan pengeluar cat berjenama antarabangsa.

Percaya dengan keampuhan Misha Omar, Colourland mengambil kesempatan untuk mengukir koloborasi bersama-sama di mana Colourland percaya bakat dan populariti yang dimiliki oleh Misha Omar adalah kriteria yang dicari untuk memperluaskan lagi jenama colourland dikalangan pengguna tempatan menurut Loh Boon Leong, Pengarah Colourland Paints Sdn Bhd.

ms2

Tanpa pernah ada perasaan gentar, Colourland percaya kualiti dan nilai ditawarkan menjadi faktor utama untuk mengikat kesetiaan pengguna. Dalam tempoh lima tahun, Colourland tumbuh sebagai sebuah jenama utuh apabila produk yang ketika itu masih hijau di pasaran berjaya menempatkan dalam senarai lima jenama terunggu di pasaran tempatan.

Selain usahasama Misha bersama Colourland, Misha Omar turut mengumumkan dia bakal berkahwin dengan Firros Ezzwan Februari 2014. “Alhamdullilah setelah ditangguhkan selama dua tahun, kami akhirnya telah sepakat untuk mengumumkan berita perkahwinan yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan. Majlis nikah dan resepsi akan diadakan di Kota Bahru. InsyaAllah majlis resepsi juga akan diadakan di Kuala Lumpur.

“Kami memilih bulan Februari bersempena genap dua tahun kami mengikat tali pertunangan tambahan pula pada saya bulan Februari sangat manis. “Kedua-dua belah keluarga akan mengadakan perbincangan bagi menetapkan tarikh sebenar dan keputusannya akan diketahui selepas hari raya Aidilfitri nanti,” tuturnya dengan penuh teruja. Perkembangan lain, Misha Omar bakal keluar dengan single terbaru dan juga album empatnya tidak lama lagi.

Apapun, tahniah buat Colourland dan jugak Misha Omar. Semoga lebih maju ke hadapan dengan lebih berani.

 Notes: Semua gambar ambil menggunakan Sony Nex-3n

[nggallery id=13]

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });