0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Bila sebut kampung halaman apa yang terbayang kat dalam fikiran korang selain dari family? Kalau aku biasanya teringat kenangan masa kecik- kecik sebab masa tu la yang paling seronok untuk dikenang.

Apa kena mengena kampung halaman dengan entri aku? Haaaa kali ni aku nak war – warkan astro nampaknya mara selangkah lagi dengan memperkenalkan 1 channel baru diberi nama My Hometown yang akan disiarkan bermula 31 Ogos 2012 – 17 September 2012.

My Hometown ni merupakan filem pendek yang dikeluarkan oleh astro yang mana memaparkan 14 filem pendek meliputi 14 negeri di Malaysia maknanya akan ada 14 pengarah yang berbeza. Tak sabar pulak nak tengok hasil filem pendek negeri aku. Wuwuwuuu.

Tapi selain daripada boleh tengok filem pendek dari pengarah berbeza, korang jugak boleh hantar video original milik korang tentang pengalaman ataupun kenangan manis di kampung halaman dan video yang paling kreatif akan disiarkan di di saluran Astro 318 dan video korang tu jangan lebih dari 5 minit.

Macam mana nak hantar Video?

Korang boleh send ker laman web astro sebelum 8 ogos 2012 ye. Biasanya orang kreatif mesti banyak jek idea ye dak tapi macam aku ni nak buat video memang haram jadahlaaa jawabnya. Kahkahkah!

Wooo 14 orang pengarah muda yang berbakat menghasilkan idea tersendiri. Kalau korang nak tahu kualiti dan kemampuan mereka ni silalah buka chanel 318 nanti. Siapa mereka?

  • Shamyl Othman (Selangor)
  • Sharifah Amani (Kuala Lumpur)
  • Rewan Ishak (Perlis)
  • Adrian Lai (Melaka)
  • Shanjey Kumar Perumal (Perak)
  • Shuhaimi Zulkefli (Kedah)
  • Nadiah Hamzah (Penang)
  • Yati Kaprawi (Johor)
  • Mahen Bala (Pahang)
  • Nadira Ilana (Sabah)
  • Uzair Sawal (Sarawak)
  • Ariffin Zulkarnain (Trengganu)
  • Brenda Danker (Negeri Sembilan)
  • Ramdan Che Hassan (Kelantan)

Woot woot ada Sharifah Amani jugak derr. Haaa dalam senarai 14 orang tu, dia merupakan salah sorang pengarah muda yang menyumbang idea untuk kampung halaman di saluran astro nanti. Pastinya idea dia memang korang takkan sangka pun dia boleh bawak ke  layar woooo sebab aku pun tak sangka. Nak tahu apa, korang kenalah tengok nanti.

 0_O

Kak Ina Kl pun ada jadi takdelah aku datang tu tak kenal sesapa ada jugak kawan untuk aku sembang tapi yang penting bila pergi sorang paling bermasalah nak mintak orang snap gambar. Haaaa dah jumpa kak ina kompenlaa dia jadi bidang terjun camera man daku. Wuwuwuuu

Bab event paling aku suka tu haa makanan dia perghhh terbaik dari ladang. Restoran The Transquerah, Malacca Nyonya Cuisine ni menyediakan masakan dari Negeri Melaka dan lauk aku tu dipanggil lauk peranakan kata Kak Ina kl. Maklumlah, aku ni bab lauk pauk tak berapa tahu sangat. Heeee.

Inilah dia Penerbit Eksekutif untuk filem pendek My Hometown, Lina Tan dan filem ni diterbitkan oleh Red Films yang mencakupi pelbagai genre daripada komedi fiskyen dan drama ke stail penceritaan dokumentari. Setiap satunya ada keunikan yang berbeza jadi jangan lupa menonton nanti ye.

 

P/s: Kenangan yang paling aku suka masa kecik bila musim tengkujuh sebabnya mesti penuh air kat dalam sawah padi jadi time tu la orang tua dan muda memancing ikan beramai – ramai guna kail buluh. Time dapat ikan perghhh semua menjerit keseronokan. Kalaulah boleh undur masa.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });