0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Kali ni aku nak bercerita perjalanan aku sebagai blogger bersama dengan nuffnang. Bermula sebagai blogger dah lama cuma aku register dengan nuffnang seawal tahun 2008. Time tu aku berjinak dengan adsense dan adbrite tapi tak berapa tahu sangat tentang nuffnang.

Pertama kali register dengan nuffnang pada 25.03.2008. Woaaahhhhh dah hampir 3 tahun lebih sebenarnya tapi aku setakat berblogging ala kadar since kebizian dengan projek master. WUwuwuuuu.

Blog pertama aku bersama nuffnang banyak bercerita tentang lintah sebab itu bidang aku sewaktu amek master. Kalau korang masuk blog ni pun aku rasa mesti geli sebab banyak gambar lintah. Muahahaaaa.

Awal tahun 2010, aku mula serius dengan blog itu pun secara kebetulan jugak sebab aku banyak habiskan masa dengan online dan terdetik buat blog fitness bersama zuhry sebab time tu aku rasa tak banyak blog fitness yang share tips kesihatan. Aku bermula dengan darkbatman yang mana aku sendiri pilih nama tu sebab kitaorang minat superhero. Dari fitness bergabung dengan seo, blog darkbatman mula dikenali tapi tak ramai yang tahu aku conduct blog batman. Makin lama bila blog aku semakin dekat dengan nuffnang, keseronokan berblog semakin terserlah. Fuhh ayat tak menahan sungguh. Muahahaaaaa.

Dengan nuffnang, banyak event yang aku join dan yang paling terbaik setakat ni, event Volkswagen masa kat sepang. Aku memang peminat kereta sporty dapat pulak lenjan Volkswagen gti perghhhh teruja tu tak boleh nak describe macam mana. Bukan setakat test drive 40-50km tapi aku memecut woaaahhh kat litar sepang ala -ala F1 gituuuu. Takde sape nak marah siap suruh aku bawak laju – laju. Muahahahahahaa.

Event paling kerap aku pergi selalunya Celcom kat menara time launching untuk plan dengan phone terbaru. Bagi aku, bila ada event macam ni dari tak kenal orang kita mula tahu nak bersosial dan sikit sebanyak mengubah penampilan aku. Ce tengok time aku pergi event Volkswagen selama badak aku pakai Tshirt. Punyalah aku ni tak kisah dengan penampilan diri. Muahahahaaa.

DSC 0033 Kenangan di Suara Kami KonsertSelain event, nuffnang jugak baik hati bagi tiket free VIP Passes untuk konsert Suara Kami woaaahhhh. Siap aku dapat masuk untuk photographer passes tengok muka Nelly menyanyi – nyanyi sampai mata tak berkelip. Wuwuwuuuu.

Ikutkan pada event yang aku join selama aku berblog dengan nuffnang, rasanya tak habis sampai esok aku nak menaip. Dari LG Party, Project Alpha, Gatsby deodorant street, Mtv world Stage Party, Paramore Tix, berbuka puasa lagi dan setiap event yang aku pergi semuanya meninggalkan kenangan manis aku bersama nuffnang.

Tapi berblog dengan blog sendiri aku rasa keseronokan tu berganda bestnya. Bulan ogos baru ni, aku dah ada domain sendiri but still aku register bersama nuffnang. Kenapa bukan innity walaupun aku tahu main seo? Bagi blogger yang suka event dan amek pengalaman baru, nuffnang is the best advertising company. Mengampu ker? Sorry aku bukan kaki kipas kaki aircond pun bukan cuma keseronokan selama lebih setahun dengan nuffnang lebih menyakinkan aku untuk terus setia walaupun aku pernah dapat income innity lebih kurang RM5k. Wuwuwuuuuuu!

If you think that chasing money will leave you feeling contented for the rest of your life, think again. ”Money Isnt Everything”.

Walaupun aku bermula semula dari bawah dengan penmerah.com, aktiviti aku bersama nuffnang tetap seperti biasa. Beberapa bulan bersama blog baru,aku masih lagi aktif pergi ke hulu hilir sebab aku memang suka join event. What more can i say?

Event latest bersama penmerah yang aku pergi event samsung dari nuffnang. Woaaahhh aku boleh jumpa Cheah Soon Kit meyhhhh. Sebenarnya aku eksited pergi sana sebab nak jumpa Dato’ Lee Chong Wei tapi dapat berposing dengan bekas pemain badminton profesional pun boleeeee. Muahahaaaa.

Last but not least kenangan aku bersama nuffnang adalah Event Astro Beyond IPTV kat Solaris Mont Kiara. Wuwuwuuuuu. Memang best sebab dapat keluarkan peluh dan bakar kalori dengan berlari 100km walaupun tak menang janji lemak kat badan dipam keluar. Muahahahaaaa.

Banyakkan cerita aku bersama nuffnang? Mesti korang dah muntah merah kat dalam blog aku. Baidewey, aku bersungguh bercerita tentang love story bersama nuffnang sebabnyaaaaa aku nak menang untuk pergi ke Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011. Ada 500 tempat untuk blogger dalam dan luar negara but aku harap sangat aku dapat jemputan ni. huhu! So, guysss..

Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region’s best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

Tq for reading my entri. Wuwuwuwuuuuuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });