0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaaa..

Minggu lepas, aku sempat pergi event yang terbesar dianjurkan oleh nuffnang untuk para blogger. Event ni bukan setakat blogger kat Malaysia aje yang berkumpul tapi dari beberapa negara. Tapi mulanya aku ingat dah tak dapat invite but aku dapat jugak tempat untuk 2nd invitation. Macih nuffnang.

Time aku sampai tu, event dah bermula. Mau nya tak, pukul 8.30 baru sampai kat Marriot Hotel sebabnya jalan jam dan yang terbaiknya kitaorang main redah tanpa check email venue napbas kali ni. Aku pulak fikir kak sha dah tau kot alih – alih dalam kereta semuanya blur. Kesian kitaorang! haha. Sudahnya, macam ayam kena panggang mula tak tentu arah dalam kereta mencari tempat yang patut dituju tapi nasib baik ada HTC sebagai penyelamat malam yang suram. Wuwuwuuuu.

Duduk aje, terus dihidangkan makanan kat atas tu one by one. Jenuh jugak lah perut aku nak menghabiskan menu tambah pulak aku kurang sikit dengan makanan western. Maklum laaaaa anak melayu jati katakan. Ecehhh perasan aje lebih!

Cantikkan dorang? Belah kanan tu nama dia Reen kiranya blogger pertama yang tegur aku masa malam napbas. Sepatutnya, aku duduk semeja dengan Batman dan Nisa Kay tapi entah macam mana dah ada orang tick nama aku so masuk aje, kerusi cuma ada dua. Dengan hati yang tak berapa nak sedih, aku pergi buat muka seposen duduk semeja dengan Kak Sha. Dengan rasa malu, aku diam aje sampaila reen yang tegur aku. Tengok betapa gorgeousnya dia kat sebelah lagi la aku rasa rendah diri. Sebelah reen pulak, blogger yang aku baru berkenalan nama dia  Rohani. Umur aku tak sempat nak tanya. haha. Ceee korang tengok macam retis dah aku tengok. Sorang macam ekin sorang macam Fasha Sandha? Ko hado? Muahahahaaa.

Malam tu, selain tengok nominees ada jugak persembahan artis Reshmonu, James Baum, persembahan tarian dan lawak Harith Iskandar. Nak tau lawak apa, boleh masuk blog kak sha. Time dia buat lawak, aku sibuk habiskan makanan. Orang lain duk gelak, aku sibuk mengunyah! isk! isk!

3 orang blogger yang sweet ini semeja dengan aku tapi aku main – main mata aje. Ecehhh takde keje! Aku segan sebenarnya padahal dalam kepala ligat duk fikir siapa. Muahahahaaa.

Kak sha, aku dan Nisa Kay. Ehh apsal aku paling pendek nihhhhh?

Aku suka gambar ni tak tahu kenapa. Maybe sebab aku sama tinggi dengan kak sha kot? Muahahahaa.

Dengan Cik Lily Putih

Gambar ni yang paling aku tak sabar nak upload. Ecehhhh bergambar dengan blogger hot Hanis Zalikha. Kali kedua aku jumpa lepas kat pizza awal tahun ni.

Aku kan kalau jumpa Kak Jemah mesti rasa nak menjerit sebab nampak dia menten cantik. Terlupa nak tanya rahsia awet muda. Muahahahaaa.

Dalam ramai blogger yang ada, dengan Daniel Adie aje aku bergambar. Diskriminasikan aku? Kijam! Kijam! Bukan apa, aku kan photographer tak bertauliah, kerja aku kejar batman untuk snap gambar sampai gambar sendiri pun takde sangat. Hahahahaa.

Dengan gadis Alyza ni, aku kenal pun dari blog tapi kat depan konpem aku memang tak kenal tapi nasib dia berani tegur. Akhirnya, sebab napbas aku dapat series vampire diaries fevret sepanjang tahun dari dia. Macih beb! Tak nahan rupanya duduk area kat rumah aku aje? See, kecik nya dunia ni kan.

Ceee korang teka umur dia berapa? Muda lagi taw! Sekolah lagi dah berblog! Nama dia Nadiah semeja dengan aku jugak tapi dua – dua pemalu. Dah balik dari napbas, baru nak sembang rancak. Bergambar dengan adik – adik, terasa muda kembali. haha!

Bergambar dengan orang kuat nuffnang, Thara. Setiap kali aku pergi event nuffnang mesti aku impress bila tengok Thara punya dress up. Cantik kan?

 

Dah habis bergambar kat ballrom, kitaorang posing lagi kat luar. Bersama Farah dan Kak Sha.

Dah nak habis event, last gambar of the day bersama dengan MC napbas 2011 iaitu Nadia Heng.

 

 

 

 

 

Psst: Tahniah buat beautifulnara yang menang malam tu dan bila tengok kemenangan macam ni, rasa semakin seronok menjadi blogger. Tak hebat pun takpe janji kita happy bila berkongsi ilmu bersama – sama dengan pembaca. Ecehhh macam bagi ucapan pulak kan? Muahahahaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });