0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waaachaaa..

Dulu dulu waktu kecik, aku suka beli pensel 2B. Pegang sebatang pun dah buat aku rasa ”waaaaa, pensel mahal tu”. Dengan rasa bangga, aku bawak ke hulu kehilir menunjuk pensel 2B kat semua orang kononnya orang lain takde pensel macam aku.

Masa kecik memang aku tak tahu pernah tahu nilai sebatang pensel tapi bila dah belajar tinggi – tinggi, baru tahu nak sedar diri.  Mak aku selalu berpesan, cubalah menjadi seperti sebatang pensel tapi dengan mata terkebil – kebil aku tertanya – tanya ”kenapa dia nak aku jadi pensel padahal orang nak jadi dokter” haha.

Bila dah lama barulah aku faham niat sebenar ibu kita.

Dengan sebatang pensel, kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup kita. Ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Jangan lupa, hidup ini pasti ada yang membimbing langkah kita menurut kehendakNya.

Ketika menulis, lama – lama pensel akan menjadi tumpul. Dahi berkerut menunjukkan muka mula tak puas hati. Ketika diraut, pensel ini pasti menderita tetapi hasilnya tajam dan halus. Takde bezanya dengan kehidupan kita. Mesti berani menempuh kesusahan kerana ianya akan menjadi baja untuk menjadi lebih baik.

Hidup kita umpama dihujung mata pensel sentiasa melakukan tulisan yang salah. Namun, kita masih boleh memadamkan dan memperbetulkan semula. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Paling penting, pensel ini sentiasa meninggalkan goresan dan tanda. Sama seperti kita, apa yang kita lakukan akan sentiasa meninggalkan kesan pada diri atau orang lain.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });