0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Nuffnang Birthday Bash #6

Salam.

IMG_0051

Sabtu baru ni genap 6 tahun nuffnang bertapak di dunia online. Wohoo pejam celik 6 tahun dah rupanya. Cepat sangat masa berlalu sampaikan tak sedar masa meninggalkan kita dengan cepat. Dengan nuffnang jugak, blog aku membesar dan banyak memberi peluang  dan ruang untuk menjadi blogger yang lebih baik selain mula membuka mata orang ramai walaupun cuma online, aku mampu menjana duit seperti orang lain. Korang boleh baca rentetan perjalanan blog penmerah kat sini

IMG_0045

Bertempat di Lust, kl, akhirnya kami sampai. Kami? Aku, Nisa Kay yang kalerful, Adam Haiqal dan jugak ehh lupa apa nama dia partner yang ikut bersama kitaorang. Menjadi blogger memang mudah tapi untuk menjadi fulltime blogger tu yang payah. Kena banyak berusaha dan kuat semangat. Alhamdulillah rezeki aku masih ada dari nuffnang setakat ni dan semoga bertambah lagi lepas ni. kahkahkah.

IMG_0052

Muka ceria sebelum masuk kat dalam Lust. Bersama kawan kak sumi, Nisa Kay, Kak Sumijelly dan Pm. Dah hampir setahun lebih tak jumpa kak sumijelly melainkan kalau nuffnang buat event barulah kitaorang akan jumpa.

gamabr 1

Birthday Bash kali ni di hostkan oleh Dj Trax fm iaitu Isabelle Button dan Kevin. Berbanding tahun lepas, aktiviti untuk birthday bash tahun ni lagi seronok dan happening. Acara dimulakan dengan persembahan dance floor dan jugak kata aluan oleh Timothy Tiah, founder nuffnang yang masih low profile walaupun dah 6 tahun bertapak.

DPP_0006

Dari kali pertama aku berjinak dengan nuffnang sehingga hari ni, haaa pose bos besar nuffnang mesti sama. Tersenyum jek. Tapi orang cakap murah senyuman murah rezeki. Kena kerap senyum selalu lepas ni. kekeke!

gambar 4

Selain aktiviti On stage dalam lust, kat sudut berlainan kitaorang boleh hang around sambil layan playlist dari Deezer. Woohoo siap ada games teka lagu boleh menang keychain. Haaaa Mira Cikcit pun ado.

DPP_0013

Kalau korang tengok logo DIGI yang aku pegang tu sebenarnya kat belakang ada lukisan karikatur bersama playlist Deezer yang aku pilih untuk Dj mainkan kat event ni. Banyak gila karikatur yang kiut miut siap ada nama penuh peserta. Punya aku sayang benda alah ni usung ke sana sini tapi time nak balik tu, boleh pulak tertinggal. Huwarghhhhhhhhhhh!

DPP_0058

Sementara menunggu sesi memotong kek besday, kitaorang makan dulu. Pm, Mokky Mok, Yen Ling yang kiut, Rayyan yang comel, Nisa Kay yang eksited dan jugak Pak Lan yang kontrol macho. haha.!

IMG_0102

Waaaa Kak Red pun datang memeriahkan birthday bash kali ni. Kalau korang baca blog Kak Red mesti perasan anak dia aarghh comel gila. Kecik – kecik dah pandai posing bergambar.

DPP_0007

Last aku masuk blog Eyriqazz masa dia masih bersama blogspot. Time tu aku selalu usha sebabnya dalam google, setiap kali dia buat entri seo memang akan masuk top 10. Bukan benda senang untuk dapatkan top 10 google setiap kali post entri tambah pulak kena bersaing dengan ramai blogger yang memang kejar trafik seo haaa aku mesti kalah. Tapi kali ni, Eyriqazz dah bertukar domain Eyriqazz.com. Setiap kali nampak Eyriqazz mesti ada satu yang sinonim dengan dia, Jejai. Selalu berdua bersama di setiap event.

DPP_0027

Orang lain sibuk main games, aku sibuk upload gambar kat instagram.

DPP_0023

Aikkk boleh pulak posing tangan yang sama. Dah penat ke sana sini habis semua tempat meronda sudahnya kitaorang berehat setempat sambil berposing. Ada pulak PhotoG yang baik hati haaa bertambahlah seronok melenggang kangkung sambil tersengih sana sini memang berbaloi partner yang Nisa Kay bawak. TQ Pak Lan sudi ambil gambar.

gambar 6

Antara blogger yang aku sempat bergambar, syafiqah, Ceeramoon, Farah, Nisa Kay lagi haaa penuh entri ni dengan gambar dia jek, err baju hijau tu lupa pulak nak tanya nama. Tak silap aku, dia kawan pada si happening blogger Kifly Mally. Dua tahun lepas masa jumpa Kifly, aku boleh lagi perasan muka dia tapi sejak dia berubah fesyen ni, time dia tegur lama jugak aku termenung baru boleh rewind balik.  Kalau ada dia mesti happening jek! Terbaiklaa Kifly. haha.

gambar 2

Tuuuuuu dia acara yang dinantikan oleh semua orang. Haaaaaa kek 4 tingkat bercorak pelangi dengan warna tema Nuffnang warna biru. Happy Birthday Nuffnang!!!

gambar 3

Muka – muka peserta dan jugak pemenang untuk cabutan bertuah di party birthday bash nuffnang. Kelihatan incik Hazman Fadzil yang tersenyum gembira dengan senyuman paling menawan sekali. Nisa Kay yang membolot hadiah dari Awana Genting. Patutlaa ada Dee Lin malam tadi.

IMG_0295

Acara penutup birthday bash malam tu diserikan dengan persembahan hebat dari penyanyi youtube Halfpast6. Masa dengar suara dorang, aku macam terkedu sekejap. Weyh, minat gila kot dengan dorang sekali tak sangka boleh jumpa kat sini. Terbaiklah nuffnang! Ohsem band!

IMG_0312

Lepas dorang nyanyi, perghh eksited tak boleh nahan nak bergambar dengan dorang. Muka aku yang penat pun dah tak kisah janji boleh bergambar dengan dorang. Paling suka dengan suara Sue Lynn. Masa dorang nyanyi cover pink, try terus mata aku tak pandang kiri kanan dah. Khusyuk punya pasal. haha!

P/s: Happy Birthday Nuffnang! Semoga lebih kukuh dan murah dengan rezeki. Jangan lupa daku kat sini yang sentiasa support dari dulu dan sekarang. Salam sayang. -Anne raihan-

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas