0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Woaahhh buat pertama kali aku pergi ke event pelancaran Lipstik Shine Attract baru oleh Avon di Sungei Wang. Sepatutnya kena sampai pukul 4 tapi memandangkan hujan lebat lebih kurang pukul 5 baru aku sampai. Sedikit kelewatan bila hujan menyusuri jalan ye!     Bersempena dengan Hari ibu baru ini, Avon melancarkan produk lipstik terbaru Shine Attract plus membuat rekod terbaru Make Over terbesar dalam Penyertaan Malaysia Book World of Records.

Duta Avon kali ni tak lain tak bukan Neelofa berbaju merah. Memang cantik sesangat.

Selain Lipstik, antara yang menarik perhatian adalah acara make over antara ibu dan anak yang disertai 6,000 pasangan di mana gambar mereka di upload ke facebook dan boleh diundi untuk meraih kemenangan. 3 pemenang utama akan menerima hadiah berupa wang tunai dan barangan Avon bernilai lebih RM2000.00.

Bagi aku sendiri, lipstik Avon antara yang terbaik sebab kekal lebih lama dan bestnya bibir sentiasa lembap.

Sambutan hari Ibu 2012 ini sebenarnya antara komitmen Avon menghargai wanita di Malaysia dan seluruh dunia. Sebenarnya, aku sendiri pun membesar dengan mekap Avon. Ecehhh. Mase kecil dulu, mak aku memang antara pengguna setia Avon kiranya tak lengkap meja solek dia kalau takde barangan Avon wooooo!

Ibu Neelofa turut hadir memeriahkan Hari Ibu. Cantikkan mereka berdua.

Shine Attract Lipstick pada harga Rm21.90. Berbaloi untuk dimiliki.

Apa yang best pada lipstik ni selain warna yang nampak mewah dan muda mudi, part bestnya sebab bergel. Kat tengah tu baru ada kaler dia kiranya bila pakai bibir korang akan stay lembap untuk jangka masa lama.

Nampak? Kat tepi dikelilingi gel woooahhh! Menarikkan. Passionate Red antara lipstick yang aku dapat dari Avon hari tu. Macam tahu jek aku tengah takde lipstick. Wuwuwuu

Update terbaru dari Avon, boleh follow : Avon Malaysia dan Facebook. 

P/s: Avon dengan wanita macam tak boleh nak dipisahkan jadi sambutan hari ibu ni memang nampak antara usaha Avon untuk terus memberi yang terbaik buat wanita kat luar sana. Tapi sebenarnya bukan wanita jek, remaja pun sesuai dah sebab tengok pada style lipstick gel terbaru ni memang lebih elegan dengan jiwa remaja meyh. Walaupun aku dah tak muda, bila tengok lipstick gel ni pun buat aku terasa macam baru 17 tahun. Kahkahkah!

Credit gambar : Misssunshine

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });