0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Peluang menyaksikan Kereta Dark Knight di Pavilion

Sempena musim sekolah ni, kalau korang banyak masa apa kata free kan diri dan hadir ke Pavilion kerana sekarang ni ada sambutan ke 75 batman anniversary tau dari 28 May 2014 sehingga 15 Jun 2-14. Apa yang menariknya?

Bekerjasama dengan Warner Bros, Pavilion menyediakan pelbagai aktiviti untuk keluarga berseronok bersama dengan anak – anak antaranya apabila jejak jek kat dalam Pavi, haaa korang  boleh nampak banyak patung dan poster batman plus boleh merasai hologram kereta kereta batman dari awal.

Bagi peminat dc comics dan batman terutamanya, peluang ni memang wajib untuk korang datang sebab history dari awal sampai akhir korang boleh dapat dengan detail plus plus plus ada banyak karektor batman yang akan buat korang terpegun.

Bat mobile ni antara yang aku suka dan ikuti dari awal maknanya dulu dulu tu time aku kecik duduk terkinja kinja sampai la sekarang still addicted dengan semua ni. Baidewey, kalau korang mai sini, korang boleh dapatkan limited merchandise dan bagi pembelian berharga Rm200, korang berpeluang bergambar dengan batman!!! dan kalau korang apply untuk BSN Batman, korang berpeluang dapat hadiah misteri tau. Kalau kornag berbelanja Rm300 dengan VISA card, haa apalagi boleh dapat 2 tiket hologram bat mobile. Hooitt banyak sungguh barang free rugi tak mai! 

Selain karektor, aku rasa bagi peminat setia Batman, bila tengok ada keluaran baru tak kira lah topi, baju, seluar, keychain atau kasut jenama batman, mesti hati rasa membuak buak nak beli semua! Adoi! Memang parah tapi bila kita masuk sini terasa macam duduk dalam dunia batman. Hahahaha. Feeling lebih!

Stylo kan seluar tuuuuuuuuuuuu.. a must have for a men!!! Hantuk kepala kat dinding! Rambang mata dakuu.

Kalau korang tengok filem dark night tu, mesti teruja bila nampak bat mobile ni dari dekat! Super canggih hokey!

Apa yang aku nak share, sebagai peminat setia batman, aku berjaya dapatkan kad Touch n Go BATMAN  limited edition. Woot woot! Sanggup aku tunggu sampai pukul 6 petang semata mata nak tunggu booth dorang open! Dah dapat beli terus rembat 2 sebab bukan senang weyh nak dapat! Touch and Go ni guna sekali jek tapi yang penting ada logo BATMAN. ko hado? hahaha. Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/PavilionKL, or Twitter at @Pavilion_KL

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });